Page 21 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 21
2. UCAPTAMA PENASIHAT PIBG
(EN MOHAMAD SALLEH BIN RAMLI)
GURU BESAR SK SELAYANG UTAMA
2.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, AJK PIBG, Ibu bapa dan guru
yang hadir. Guru Besar memaklumkan kehadiran perasmi diharap dapat menyuntik sedikit
semangat kepada murid-murid SK Selayang Utama.
2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa SK Selayang Utama sudah bertapak selama 25 tahun
(1994-2019) dan bakal menyambut Jubli Perak yang ke 25 pada tahun 2019.
2.3 PIBG adalah sebagai jambatan perhubungan antara ibu bapa dan murid serta
membantu menampung perbelanjaan sekolah dalam melaksanakan program-program
sekolah.
2.4 Guru Besar memaklumkan beberapa perkara baharu yang telah dilaksanakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, antaranya :
2.4.1 Inisiatif pihak KPM menghapuskan sistem peperiksaan bagi murid tahap
1, 2 dan 3. Murid –murid tahap 1 akan ditafsir secara holistik dan
bukan lagi berdasarkan peperiksaan tetapi mengambil kira aktiviti seperti
kuiz dan seumpamanya.
2.4.2 Pentaksiran bilik darjah (PBD) akan ditadbir berdasarkan 6 skor
pentaksiran, iaitu Band 1 hingga 6 dan dijalankan sepanjang tahun :
Band 1 - Tahu
Band 2 - Tahu dan faham
Band 3 - Tahu , faham dan boleh buat
Band 4 - Tahu, faham, boleh buat dan beradab
Band 5 - Tahu, faham, boleh buat dan beradab terpuji
Band 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali
(Murid tahu dan boleh mengajar murid lain)
2.4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga melibatkan murid tahap 2.
Antara komponen yang ada adalah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSk
dan Ujian PSikometrik.
2.5 Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa murid tahun 6 agar peka dan pastikan anak-
anak cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
2.6 Pihak PIBG juga telah memainkan peranan penting dalam kemajuan sekolah dan dalam
meningkatkan prestasi UPSR. Prestasi UPSR semakin meningkat dari tahun ke tahun :
2016 70.97 % Lulus
2017 77.78 % Lulus
2018 75.20 % Lulus

