Page 22 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 22
2.7 Bagi bidang sukan SK Selayang Utama merupakan peneraju bagi 2 bidang sukan
berprestasi tinggi iaitu memanah dan Gimnastik Artistik. Pada tahun 2018 sekolah
mendapat pingat dalam kedua-dua kejohanan di peringkat Daerah dan Negeri.
2.8 Disebabkan itulah pihak PPD Gombak telah mengangkat SK Selayang Utama
sebagai sekolah Transformasi 2025 (TS25). Faktor-faktor SK Selayang Utama terpilih
sebagai sekolah Transformasi 2025 adalah :
2.8.1 Cemerlang akademik dan kokurikulum.
2.8.2 Sekolah Transformasi adalah sekolah yang mempunyai kemenjadian
murid yang tinggi.
2.8.3 SK Selayang Utama adalah antara 10 buah sekolah yang terpilih dari 105
sekolah yang ada di daerah Gombak.
2.8.4 Oleh yang demikian, pihak sekolah memerlukan sokongan daripada ibu
bapa khususnya bagi mencapai matlamat sekolah iaitu menyediakan
sekolah dan pembelajaran yang menyeronokkan, jalinan komuniti
dengan agensi korporat serta membangunkan persekitaran sekolah yang
kondusif.
2.9 Pihak PIBG memainkan peranan penting dalam melonjakkan prestasi UPSR murid-
murid. Ini adalah kerana kejayaan murid bukan terletak pada guru semata-mata,
tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengajar anak
-anak ketika di rumah.
2.10 Peranan guru dan sekolah juga semakin mencabar apabila tidak mendapat
kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam mencapai kecemerangan murid.
Ada ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak ke kelas tambahan
tahun 6.
2.11 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG tahun 2018/2019.

