Page 23 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 23
3. UCAPTAMA PERASMI
EN MUHAMMAD NIZAMUDIN BIN ABDUL HAMID
(MANAGING DIRECTOR ENERVIVE SDN BHD)
3.1 Yang Berbahagia En Muhammad Nizamudin Bin Abdul Hamid selaku perasmi mengucap
kan terima kasih kepada pihak PIBG dan SK Selayang Utama kerana sudi menjemput bagi
merasmikan Mesyuarat AGung PIBG kali ke 24.
3.2 Mengucapkan terima kasih juga kepada En. Izzat (AJK PIBG) yang juga merupakan
sahabat perasmi kerana menjemput hadir.
3.3 Perasmi memaklumkan bahawa, pernah bersekolah di SK Selayang Utama pada tahun 1994
ketika darjah dua dan waktu itu berada di kelas pemulihan. Sokongan daripada guru dan ibu
bapa telah memberikan kecemerlangan di dalam UPSR setelah mendapat 5A.
3.4 Perasmi memaklumkan tentang kepentingan terlibat di dalam aktiviti kokurikulum dan juga
usaha serta kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam semua program bagi
meningkatkan kejayaan.
3.4 Ibu bapa juga perlu mempercayai sistem dan Dasar Pendidikan yang dilaksanakan KPM.
3.5 Perasmi juga berjanji akan membantu pihak sekolah dalam memberikan kejayaan dalam
pelbagai bidang.

