Page 29 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 29
Maklumbalas Guru besar :
i) Pihak sekolah tidak melaksanakan kenaikan kelas namun bergantung
kepada beberapa perkara yang perlu diambil kira iaitu :
- Kesamarataan jantina, dimana perlu ada keseimbangan agar
tidaklah didalam kelas itu hanya murid lelaki sahaja atau sebaliknya.
- Kaum bukan Islam, dimana mereka ditempat di dalam kelas yang
sama kerana memerlukan pengurusan jadual bagi matapelajaran
Pendidikan Moral.
- Keperluan bagi kelas pemulihan, murid mungkin memerlukan
bantuan dari segi asas membaca, menulis dan mengira.
ii) Pihak sekolah sudah memaklumkan kepada pihak kedai buku agar
memberikan resit setiap kali pembelian buku oleh ibu bapa. Sekiranya
pekerja kedai buku tidak menyediakan resit, ibu bapa berhak meminta
mereka untuk menyediakan resit. Pihak sekolah juga akan memantau hal ini
dari semasa ke semasa.
iii) Pihak sekolah tidak menggalakkan kewujudan ‘Group Whats app’
dikalangan ibu bapa dan guru. Ini adalah kerana banyak keburukan
daripada kebaikkannya. Guru Besar menggalakkan pihak ibu bapa agar
hadir ke sekolah dan berhubung dengan guru kelas atau pentadbir
sekiranya mempunyai sebarang permasalahan.
5.5.3 Minta pihak sekolah percepatkan waktu balik sekolah pada hari Jumaat
(12 petang).
Dicadangkan oleh : Pn Shafarah Liyana Bt Mior Shuhaili
Maklumbalas Guru besar :
Pihak sekolah telah pun berbincang dan membuat penjadualan baru bermula
pada 18 Februari 2019. Hari Jumaat murid-murid akan pulang jam 12 petang, namun
pada hari Isnin sahaja murid tahap 2 akan pulang jam 1.30 petang.

