Page 27 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 27
5.2 Guru Besar mencadangkan agar bayaran khas bagi tahun 1 hingga 6 dinaikkan seperti
ketetapan berikut :
BIL PERKARA RM CATATAN RINGKASAN
1 Lembaran Kerja/Pep Tahun 1,2,3 25.00 Pentaksiran Tahun 1 = RM32.50
2 Buku PAJSK Tahun 4 2.50 PJK Tahun 2 = RM32.50
3 Kertas Objektif/Pep Tahun 4,5,6 15.00 Peperiksaan Tahun 3 = RM32.50
4 Kad Kecemerlangan Tahun 6 2.00 Khas Tahun 4 = RM25.00
5 Buku NILAM Semua 3.50 PSS Tahun 5 = RM22.50
Murid
6 Keceriaan Semua 4.00 Prasarana Tahun 6 = RM24.50
Murid
Dicadangkan oleh : En Mohamad Salleh Bin Ramli
Disokong oleh : Sebulat suara
5.3 Kutipan Khas bagi murid-murid tahun 6 sebanyak RM300 yang akan digunakan sepenuhnya
untuk program-program tahun 6 perlu dimaklumkan dan memerlukan sokongan daripada ibu
bapa yang hadir. Guru Besar telah membentangkan kutipan tersebut ketika Mesyuarat
Permufakatan Ibu Bapa tahun 2018.
Dicadangkan oleh : Pn Junaidah Bt Ismail
Disokong oleh : Sebulat Suara
5.4 Guru Besar memaklumkan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan
memerlukan sokongan daripada ibu bapa yang hadir, antaranya :
5.4.1 Wakaf Set kerusi meja kantin sebanyak 17 buah. Pihak sekolah memandang serius
tentang keperluan kerusi dan meja kantin yang masih tidak mencukupi. Pihak
PIBG telah pun membantu dengan mencari sumbangan daripada MPS dan telah
menyumbangkan sebanyak 10 set kerusi dan meja.
5.4.2 Menganjurkan Karnival sekolah sempena Jubli Perak 25 tahun SK Selayang Utama
5.4.3 Meneruskan program Surauthon bagi tahun 2019 bagi pembinaan surau
Ar-Rahmaniah.

