Page 26 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 26
4. PERBINCANGAN
4.1 2.1 Pembetulan ejaan nama bagi pencadang minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 iaitu
Pn Harlina Bt Mohd Hanip.
4.2 5.5 En Mohamad Salleh Bin Ramli mencadangkan agar senarai buku kerja bagi murid tahun 4
hingga tahun 6 untuk kegunaan 6 semua kelas dipersetujui oleh ibu bapa.
Maklumbalas Guru Besar :
Pada tahun 2019 buku kerja untuk murid-murid tahun 1 hingga 3 tidak lagi disediakan
kerana pihak sekolah terikat dengan pekeliling pihak Kementerian Pendidikan.
4.3 En Norzaifi mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG di serahkan di pejabat sekolah
bagi mengurangkan beban guru-guru kelas dan juga disediakan juga resit bayaran.
Maklumbalas Pn Mahfudzah Bt Mansor (PK Pentadbiran ) :
Resit PIBG memang ada diberikan kepada murid-murid yang membuat bayaran
sumbangan PIBG. Ibu bapa juga boleh membuat bayaran di pejabat sekolah dan harus
memaklumkan kepada murid supaya memberitahu guru kelas.
4.4 Pn Junaidah Bt Ismail mencadangkan agar pihak PIBG dan sekolah untuk mewajibkan kutipan
PIBG dan menukar klausa ‘sumbangan’ kepada ‘bayaran’ agar semua ibu bapa membuat
bayaran tersebut.
Maklumbalas Pn Mahfudzah Bt Mansor (PK Pentadbiran ) :
Pihak sekolah tidak boleh mengubah klausa ‘sumbangan’ kepada
‘bayaran’ kerana pekeliling daripada pihak Kementerian tidak mewajibkan bayaran PIBG
kepada setiap ibubapa.
5. PERKARA-PERKARA BAHARU
5.1 En Mohamad Salleh menyatakan cadangan bagi menaikkan bayaran sumbangan PIBG atau
dikekalkan. Ini adalah kerana banyak program-program yang akan dijalankan serta
memerlukan peruntukan yang tinggi.
Dicadangkan oleh : En Mohamad Salleh Bin Ramli
Maklumbalas Pn Junaidah :
Pihak ibu bapa mahu bayaran sumbangan dikekalkan RM50 pada tahun 2019.

