Page 28 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 28
5.4.4 Program Makan Malam Amal SK Selayang Utama bersama PIBG.
Dicadangkan oleh : En Ahmad Farozi Bi Alias
Disokong oleh : Sebulat suara
5.5 Membincangkan dan meluluskan usul dan cadangan daripada ibu bapa penjaga:
5.5.1 Memasang lampu limpah di pintu pagar belakang memandangkan anak-
anak ke sekolah. Bimbang disebabkan kawasan itu agak gelap dan tiada
pengawal keselamatan yang menjaga di situ seawal jam 6.45 pagi.
Dicadangkan oleh : En mohd Nizam Bin Ripin
Maklumbalas Guru besar :
Guru Besar memaklumkan bahawa lampu limpah sudah dipasang oleh pihak
sekolah. Tetapi guru belum lagi hadir bagi membuka suis lampu tersebut yang
berada di dalam kelas Pra sekolah.
5.5.2 i) Apakah kriteria yang SK Selayang Utama guna pakai untuk penempatan
murid di sesuatu kelas? Sedangkan arahan KPM (2019) murid tidak boleh
dikelaskan (Turun Naik Kelas).
ii) Mohon kedai buku mengeluarkan resit rasmi bagi pembelian alat tulis
dan buku untuk kemudahan rujukan ibu bapa.
iii) Wujudkan ‘Group Whats app’ atau telegram untuk kelas 2B atau
kongsikan no telefon bimbint guru kelas untuk kemudahan komunikasi
berkenaan dengan murid.
Dicadangkan oleh : Pn Roslinda Bt Hamdan

