Page 74 - buku teks f4 kssm
P. 74
4.1 Dalam Tingkatan Dua, anda telah mempelajari secara ringkas tentang
air dan sebatian organik. Sebatian organik ialah sebatian yang
mengandungi unsur karbon dan berasal daripada organisma. Contoh
sebatian organik ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik.
Apakah fungsi sebatian-sebatian organik dan air dalam sel organisma?
Sifat dan kepentingan air dalam sel
KEKUTUBAN AIR
Air merupakan sebatian tak organik yang terdiri
O daripada unsur-unsur hidrogen (H) dan oksigen (O).
H H Molekul air adalah molekul berkutub kerana elektron
H yang dikongsi di antara oksigen dan hidrogen akan
O ikatan hidrogen tertarik ke arah oksigen yang lebih elektronegatif.
Kekutuban ini menghasilkan ikatan hidrogen dan
membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta.
H RAJAH 4.1 Ikatan hidrogen Sifat pelarut semesta air membolehkan zat terlarut
antara molekul air
seperti glukosa dan elektrolit diangkut melalui membran
plasma ke dalam sel untuk tindak balas biokimia.
DAYA LEKITAN DAN DAYA LEKATAN AIR salur xilem
Molekul air melekat antara satu sama lain melalui molekul
air
daya lekitan. Pada masa yang sama, molekul
air juga melekat pada permukaan lain melalui daya
daya lekatan. Kedua-duanya menghasilkan lekitan
tindakan kapilari yang membolehkan air daya
memasuki dan bergerak di sepanjang ruang lekatan
yang sempit, misalnya dalam salur xilem. RAJAH 4.2 Daya lekatan dan daya lekitan dalam salur xilem
MUATAN HABA TENTU AIR
Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi iaitu sebanyak
GAMBAR FOTO 4.1 4200 J kg-1 °C atau 4.2 kJ/g/°C. Ini bermaksud 4200 J
–1
Bagaimanakah haiwan tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram
akuatik dapat hidup di
dalam air laut yang beku? air sebanyak 1 °C. Ini bermaksud ai r menyerap banyak tenaga
haba dengan kenaikan suhu yang kecil. Ciri ini sangat penting
untuk mengekalkan suhu badan organisma.
Praktis Formatif 4.1
1 Apakah ikatan kimia yang 2 Terangkan bagaimana
TMK 4.1 terurai semasa air berubah berpeluh membantu
Kuiz: Uji daripada cecair kepada K4 menurunkan suhu badan.
pemahaman anda wap air?
mengenai air
72 4.1.1 4.1.2

