Page 77 - buku teks f4 kssm
P. 77

BAB 4  Komposisi Kimia dalam Sel



            Polisakarida

            Polisakarida ialah gula polimer yang terdiri
            daripada monomer monosakarida. Seperti
            disakarida, polisakarida terbentuk melalui proses kondensasi dan
            melibatkan beratus-ratus monosakarida untuk membentuk rantai
            molekul yang panjang. Polisakarida tidak boleh larut dalam air kerana
            saiz molekulnya yang besar. Polisakarida tidak mempunyai rasa manis       TMK 4.2
            dan tidak menghablur.                                                 Kuiz: Uji pemahaman
                                                                                    anda mengenai
            Polisakarida juga boleh diurai melalui hidrolisis dengan bantuan         karbohidrat
            asid cair, pendidihan dan tindakan enzim. Polisakarida mempunyai
            pelbagai peranan di dalam organisma.

                                                              Kanji ialah simpanan polisakarida
                                                              utama dalam tumbuhan. Kanji juga
                                                              didapati dalam kloroplas. Sumber:
                                                              bijirin, ubi kentang dan kekacang.
                                      Selulosa



              Selulosa ialah struktur utama
              dalam dinding sel tumbuhan.








                                            Kitin membentuk rangka
                                            luar serangga dan dinding
                                             sel kebanyakan fungi.


                                                                               Dunia Biologi Kita

                                                                                Kitin, sejenis
            GAMBAR FOTO 4.4                                                     polisakarida,
            Contoh-contoh polisakarida                                          digunakan sebagai
                                                                                benang pembedahan.
                                      Glikogen ialah simpanan                   Kelebihannya, kitin
                                      polisakarida utama yang didapati          akan terurai selepas
                                      dalam sel otot dan sel hati haiwan.       luka yang dijahit
                                                                                sembuh.

             Praktis Formatif      4.2

               1  Namakan unsur-unsur yang     3  Berikan contoh-contoh gula
                 terdapat dalam karbohidrat.    penurun dan gula bukan
               2  Senaraikan kelas-kelas        penurun.
                 dalam karbohidrat.


             4.2.3  4.2.5                                                                       75
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82