Page 92 - buku teks f4 kssm
P. 92

Mekanisme tindakan enzim dan perubahan faktor

           Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mekanisme tindakan enzim. Ikatan
           kimia dalam enzim boleh diubah dengan mudah melalui perubahan kimia dan
           fizikal persekitaran. Antara faktor tersebut ialah suhu, pH, kepekatan enzim dan
           kepekatan substrat.


           Kesan suhu
           Rajah 5.5 menunjukkan kesan suhu terhadap kadar tindak   kadar tindak balas
           balas biokimia yang dikawal oleh enzim.
                                                                                            suhu
            •  Pada suhu yang rendah, kadar tindak balas yang                               optimum
               dimangkinkan oleh enzim adalah rendah.
            •  Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik molekul substrat
               dan enzim turut meningkat. Ini meningkatkan frekuensi
               perlanggaran berkesan antara molekul substrat dengan
               molekul enzim.
            •  Kadar tindak balas antara enzim dan substrat
               dipercepatkan.
            •  Bagi setiap kenaikan suhu sebanyak 10 °C, kadar tindak
               balas yang dikawal oleh enzim akan meningkat sebanyak                        37 °C
               dua kali ganda sehingga mencapai takat suhu optimum.
                                                                      10  20  30  40  50  60
                                                                                     suhu (°C)
            Pada suhu optimum, tindak balas enzim adalah pada tahap   RAJAH 5.5 Kesan suhu terhadap kadar tindak
            maksimum. Suhu optimum untuk tindakan enzim dalam
            badan manusia adalah kira-kira 37 °C.                balas pemangkinan enzim

            •  Selepas mencapai suhu optimum, peningkatan suhu yang seterusnya akan
               mengurangkan aktiviti enzim dengan cepat sehingga aktiviti enzim berhenti sama sekali
               pada suhu lebih kurang 60 °C.
            •  Pada suhu ini, enzim mengalami penyahaslian kerana ikatan serta daya antara molekul
               enzim terputus pada suhu yang tinggi.


           Kesan pH



                          pH optimum bagi                   Aktiviti enzim dipengaruhi oleh pH larutan
                          amilase dan kebanyakan            persekitaran. Pada lazimnya, semua enzim
                          enzim dalam sel haiwan
                                                            bertindak dengan paling berkesan pada pH
                                        pH optimum bagi tripsin
                                                            optimum. Kebanyakan enzim berfungsi paling
                    pH optimum
              kadar tindak balas  yang dikawal oleh enzim  bagi pepsin  cekap dalam julat pH 6 hingga 8. Misalnya,
                                                            enzim amilase air liur berfungsi pada pH 6.8.
                                                            Namun terdapat beberapa pengecualian,
                                                            misalnya enzim pepsin dan renin di dalam
                                                            perut bertindak pada pH optimum dalam julat
                 0  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  pH       1.5 hingga 2.5. Enzim tripsin dalam duodenum
                                                            pula hanya dapat bertindak dengan baik dalam
                                                            medium beralkali, iaitu pada pH sekitar 8.5.
              RAJAH 5.6 Kesan pH terhadap aktiviti enzim pepsin,
              amilase dan tripsin

            90                                                                                5.2.8
   87   88   89   90   91   92