Page 20 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 20

25.   PENGGUNAAN ALAT-ALAT

               25.1  Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.
               25.2  Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.

               25.3  Bertanggungjawab  menggunakan  alat-alat  dengan  baik  dan  memulangkan  kembali  dengan
                     segera serta dalam keadaan yang baik.

               25.4  Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta –merta.


               26.   ARAHAN DAN PEKELILING

               26.1  Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
                     dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

               26.2  Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus , guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
                     khas.

               26.3  Sekiranya  pekeliling  itu  dari  KPM/JPN/PPG/PPD,  guru  hendaklah  mengembalikan  dengan
                     segera ke pejabat sekolah setelah diambil 19indakan.



               27.   TELEFON

               27.1  Menggunakan  telefon  semasa  PdP  (pengajaran  dan  pembelajaran)  di  dalam  kelas  dan
                     perhimpunan rasmi adalah dilarang sama sekali.


               28.   KUNCI

               28.1  Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah dan mendapatkan kebenaran dari pegawai
                     bertanggungjawab untuk mengambil.
               28.2  Jika  ada  guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu,  guru  tersebut  hendaklah
                     mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik
                     tersebut sepenuhnya.



               29.   ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

               29.1  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
               30.   PERAKUAN

               30.1  Setiap Guru/AKS diminta membaca peraturan/ panduan di atas dan mematuhinya setiap masa.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25