Page 15 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 15
4.4 Cuti Ke luar Negara – Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat
kelulusan dari JPN. Borang permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 4 minggu
sebelum 14indak bercuti.
5. PAKAIAN
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur
sepanjang masa bertugas.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan untuk guru dan AKS
perempuan (sila rujuk pekeliling mengenai pemakaian 2 pieces/ 3 pieces)
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan 14indaka rambut yang sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
Guru Perempuan – seluar trek/ 14indaka yang sesuai, kemeja T berkolar (warna dominan
putih) , kemeja sukan, baju trek , kasut sukan yang sesuai.
Guru lelaki – seluar trek/ 14indaka yang sesuai, kemeja T berkolar (warna dominan putih),
kemeja sukan, baju trek atau jersi , kasut sukan yang sesuai.
5.5 Guru-guru dibenarkan memakai pakaian unit beruniform yang lengkap pada hari ko-kurikulum
(Rabu). Pakaian sukan hanya boleh dipakai selepas waktu mengajar (semasa melaksanakan
aktiviti).
6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat 14indak
guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan
perasaan kekitaan (teamwork).
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru atau pun murid atau AKP sekolah
yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, agama, status 14indak,
status ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.
7. BILIK GURU/PEJABAT AM
7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk harta
benda di dalam bilik guru/ Pejabat am.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai
non-teaching period dan bukan free period. Oleh itu, guru hendalah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
sahaja.

