Page 16 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 16

7.3   Guru dan AKP tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru atau di mana-mana
                     ruang pejabat am
               7.4   Guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
                     yang baik, harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

               7.5   Guru-guru dan AKP diminta mengamalkan konsep EKSA (Ekosistem Kondisif Sektor Awam)
                     dalam memastikan suasana yang kondusif di tempat kerja.

               7.6   Sentiasa mengamalkan penjimatan (terutama tenaga elektrik) dan air.






               8.    PERJAWATAN DAN PdP



               8.1   Sebarang masalah dalam perjawatan perlu dirujuk  dengan  Pembantu Tadbir dan Guru Besar.

               8.2   Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran  boleh berurusan
                     dengan Ketua Panitia atau Penolong Kanan 1 atau Guru Besar.

               8.3   Semua guru dan AKS diminta bertanggungjawab dan bertindak dalam kapasiti masing-masing
                     tanpa mengabaikan semangat berkerja sebagai satu pasukan.



               9.    TUGAS
               9.1   Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Guru-guru
                     hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi , cekap dan bertanggungjawab.

               9.2   Guru Besar perlu dimaklumkan apabila guru-guru/AKP diarahkan untuk melaksanakan sesuatu
                     tugas/arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN atau ke sekolah lain.

               9.3   Guru Besar berhak untuk tidak membenarkan mana-mana pegawai bertugas di luar 15indaka
                     sekolah berdasarkan keperluan sekolah.



               10.   BUKU FAIL REKOD PENGAJARAN GURU

               10.1  Setiap  guru  perlu  menyediakan  Rekod  Pengajaran  Harian  (RPH)  dan  bertanggungjawab
                     terhadap keselamatan buku/fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan
                     teliti, kemas dan lengkap. Buku/ Fail ini hendaklah diserahkan ke Pejabat sekolah pada setiap
                     hari Jumaat untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan (mengikut
                     jadual)

                        •  Guru Besar: minggu pertama setiap bulan.
                        •  Penolong Kanan: minggu-minggu seterusnya.
               10.2  Guru-guru dikehendaki menghantar sendiri RPH kepada GB atau Penolong Kanan dan tidak
                     sebaliknya.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21