Page 17 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 17
10.2 Jika seorang guru bercuti, buku/fail RPH tersebut hendaklah diserahkan kepada penolong
Kanan Pentadbiran.
10.3 Buku/ Fail RPH Guru hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada akhir tahun.
11. JADUAL WAKTU
11.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu 16indaka jadual waktu untuk dipamerkan di kelas
sendiri.
11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran.
12. JADUAL KEDATANGAN MURID
12.1 Setiap Guru Kelas diberikan satu buku kedatangan murid. Guru Kelas atau Guru Pendamping
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah
memahami kehendak-kehendak tentangnya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2 Jadual Kedatangan hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh
guru pada waktu pertama. Sekiranya guru tidak hadir, guru pendamping bertanggungjawab
menandanya.
12.3 Buku itu hendaklah sentiasa berada di pejabat am sekolah.
12.4 Bagi murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut , ibu bapa/penjaga hendaklah
dihubungi secara bertulis.
12.5 Analisis mesti dibuat setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Besar atau PK HEM.
12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Murid.
12.7 Guru-guru yang masuk masa pertama setiap kelas mesti melaporkan kehadiran murid melalui
whatsapp rasmi sekolah untuk Guru Kelas melaporkannya secara atas talian dalam e-hadir.
13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Semua guru dikehendaki memberi 16indakan16 sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan Pihak Pentadbir.
13.2 Guru Besar/ Guru/ AKP hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan tentang penggunaan
alat-alat/bilik-bilik tertentu seperti PSS, dewan, makmal, bilik mesyuarat dan bilik-bilik khas.
14. KEBERSIHAN
14.1 Setiap guru bertanggungjawb menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
hendaklah disediakan oleh Guru Kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

