Page 41 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 41
“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “
25. PIBG & MAJLIS SEKOLAH
25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa
dan Guru sekolah.
25.2 Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada
keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru.
25.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara
rasmi sekolah.
26. LARANGAN MEROKOK
26.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan
Merokok’.
26.2 Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi
arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan
sekolah.
27. GURU PENGGANTI (SIT-IN)
27.1 Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus,
pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat
dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh
Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.
27.2 Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta
untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti.
27.3 Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing
murid-murid di dalam kelas tersebut.
28. MENGHUKUM / MENDENDA MURID
28.1 Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati
apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak
bertentangan dengan etika profesion perguruan.
28.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental
seperti merotan atau memukul dengan benda keras,
menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping
telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga
lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari,
berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh
39

