Page 39 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 39

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “


                   16.    SURAT MENYURAT

                          16.1  Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk
                                 disampaikan kepada pihak berkenaan.

                          16.2  Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru
                                 untuk  diambil  tindakan.    Guru  berkenaan  hendaklah
                                 mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.


                   17.    PELAWAT-PELAWAT

                          17.1  Semua  pelawat  DIMESTIKAN  berjumpa  dengan  Guru
                                 Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu.  Guru tidak dibenarkan
                                 berbincang  dengan  wakil-wakil  firma  atau  penjual-penjual
                                 kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.


                   18.    KEGIATAN KOKURIKULUM

                       18.1    Semua  guru  akan  ditugaskan  menjadi  penasihat  kegiatan
                               kokurikulum.  Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan
                               teratur seperti yang telah dirancangkan.


                   19.    PERHIMPUNAN SEKOLAH

                       19.1    Semua  guru  dikehendaki  menghadiri  perhimpunan  sekolah
                               pada masa dan hari yang ditetapkan.  Setiap guru akan diberi
                               giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau
                               Pehimpunan Rasmi.

                       19.2    Guru  yang  bertugas  hendaklah  membuat  persediaan  awal
                               sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu.

                       19.3    Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku,
                               Lagu  Negeri  Kedah  ,  Lagu  Sekolah  dan  Bacaan  Ikrar  Rukun
                               Negara.


                   20.    MESYUARAT GURU

                       20.1    Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru,
                               kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.





                                                               37
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44