Page 37 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 37
“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “
10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau
arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat
pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK
boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.
11. BUKU REKOD MENGAJAR
11.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.
Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas
dan lengkap.
11.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat
pada hari KHAMIS (jam 14.00 PETANG) untuk disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
11.3 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut
hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
11.4 Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar
hendaklah disediakan dengan lengkap untuk tempoh
setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar
kepada Guru Besar untuk penyemakan.
12. JADUAL WAKTU
12.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual
waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
12.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual
waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan
Penolong Kanan.
13. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
13.1 Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar.
Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-
maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit
hadapan.
13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara
teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas
pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru
Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya.
35

