Page 36 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 36

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “





                          7.3  Perhungan  yang  berbentuk  kumpulan  yang  berdasarkan
                               kepada kaum, status sosial,  ekonomi, kelulusan dan sebagainya
                               adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

                   8.     BILIK GURU

                          8.1  Kebersihan  dan  keselamatan  bilik  guru  adalah  menjadi
                               tanggunjawab  SEMUA  guru.    Ini  termasuk  keselamatan  harta
                               benda di dalam bilik guru.

                          8.2  Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di
                               kelas.    Masa  ini  hendaklah  dianggap  sebagai  ‘non  teaching
                               period’  dan  bukannya  ‘free  period’.    Oleh  itu  guru  hendaklah
                               menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
                               berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

                          8.3  Guru  yang  berada  di  bilik  guru  hendaklah  sama-sama
                               bertanggunjawab memastikan  suasana  yang  sesuai  dan  tidak
                               mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.


                   9.     PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

                          9.1  Jikalau  guru  menghadapi  sebarang  masalah  dalam  bidang
                               perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir
                               atau Guru Besar.

                          9.2  Guru  yang  menghadapi  masalah  di  bidang  pengajaran
                               bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau
                               Guru Besar.


                   10.    TUGAS-TUGAS

                          10.1       Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum,
                               kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan
                               dalam  pelbagai  AJK  sekolah.    Mereka  mesti  melaksanakan
                               tugas-tugas      tersebut      dengan       dedikasi,     cekap       dan
                               bertanggungjawab.







                                                              34
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41