Page 34 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 34

[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK]         2021/2022


                     c.  Kajian Antarabangsa (UW6313001)

                        Konsep dan Rasional

                        Kajian Antarabangsa memperkenalkan pelajar kepada pembentukan sistem antarabangsa dan hubungan
                        antara negara moden sejak Perjanjian Westphalia pada tahun 1648 melalui kerangka sejarah dan teori.  Selain
                        itu, program ini meneliti sistem antarabangsa dalam konteks semasa yang kian kompleks dengan kemunculan
                        aktor dan cabaran baharu. Untuk itu, program ini memberi perhatian terhadap persoalan mengenai undang-
                        undang antarabangsa, ekonomi global, diplomasi moden, perundingan dan penyelesaian konflik, dasar luar,
                        keselamatan dan pertahanan, dan isu-isu kontemporari yang lain. Program ini, secara keseluruhan,
                        memperlengkapkan pelajar dengan ilmu teoritikal dan praktikal yang perlu dikuasai oleh pengamal hubungan
                        antarabangsa seperti para diplomat dan perwakilan pedagang antarabangsa.

                        Objektif-Objektif Pendidikan Program

                           i.   Mempunyai pengetahuan dan kecekapan  yang tinggi dalam bidang  keselamatan dan hal-ehwal
                                antarabangsa
                          ii.   Berupaya menjalankan penyelidikan bagi memajukan kerjaya akademik mereka yang berkaitan
                                dengan Hubungan Antarabangsa.
                          iii.   Berupaya menganalisa dan menginterpretasi isu-isu berkaitan hal ehwal antarabangsa, komuniti dan
                                institusi global secara kritikal
                          iv.   Diperkasakan untuk terlibat dalam urusan antarabangsa melalui pengetahuan mereka tentang proses
                                global dan sistem antarabangsa, pengurusan dan rundingan silang-budaya, serta kepimpinan
                                strategik dan beretika.

                        Hasil-Hasil Pembelajaran Program

                        Adalah diharapkan di akhir pengajian siswazah-siswazah dari Kajian Antarabangsa dapat memenuhi hasil
                        pembelajaran seperti berikut:


                           i.   Menerangkan teori, konsep dan isu Hubungan Antarabangsa.
                          ii.   Mengaplikasi pengetahuan  menjalankan  penyelidikan dan seterusnya menghasilkan penulisan
                                ilmiah yang berkaitan dengan Hubungan Antarabangsa.
                          iii.   Menunjukkan keprihatinan dan kepekaan terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh institusi dan
                                komuniti global.
                          iv.   Menunjukkan sikap profesionalisme dan etika yang baik dalam melaksanakan tugas.
                          v.    Menggambarkan kemahiran berkomunikasi, perundingan dan kerja berpasukan yang baik
                          vi.   Membina pemikiran, dasar dan strategi kritikal mengenai isu-isu berkaitan Hubungan Antarabangsa.
                         vii.   Memiliki keinginan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang pilihan
                                melalui pembelajaran sepanjang hayat
                         viii.   Meneroka dan melaksanakan peluang keusahawanan secara kreatif dan produktif.
                          ix.   Mengkategori, mengurus dan menilai data dan maklumat dengan berkesan dan bertanggungjawab.
                          x.    Mengguna data statistik dan kaedah saintifik dalam menyelesaikan isu-isu politik-sosio-ekonomi
                                yang kompleks.
                          xi.   Mempamerkan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan  melalui pentadbiran  yang telus dan
                                bertanggungjawab.



















                                                             ~ 31 ~
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39