Page 118 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 118

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021







                                          3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM
             3.2.1    KETETAPAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM


                    3.2.1.1   DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
                      A.  UMUM
                         1.   Mengikut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
                             mendefinisikan kokurikulum seperti berikut:
                             “Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
                             proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan peluang
                             kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kema-
                             hiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah”.
                         2.   Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 Jilid 42 No.11 Tambahan No 41 Pe-
                             rundangan P.U(A)196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada
                             kategori yang berikut:
                             2.1   Mata Pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Per-
                                  aturan-peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan) 1997.
                             2.2   Hobi dan rekreasi
                             2.3   Sukan dan Permainan
                             2.4   Badan Beruniform atau
                             2.5   Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar
                         3.  Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967 Jilid II Bil 27, No.5652 telah membuat keteta-
                             pan peruntukan masa untuk kokurikulum seperti berikut:

                           TINGKATAN                       Aliran                        Masa (minit)
                        Peralihan, 1, 2, 3                                                   180

                             4 dan 5                       Sastera                           180
                                                            Sains                            180

                                                           Teknik                            100

                                                          Pertanian                          140

                                                       Perdagangan                           180
                         4.   Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Pelaksa-
                             naannya di semua sekolah adalah wajib [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 atau Akta
                             550].
                         5.   Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah satu kesalahan yang jika
                             disabitkan boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali
                             di bawah Penalti Am[ Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996].
                             6.  Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.Matlamat gerak
                             kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang murid. Setiap murid
                             hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja
                             pakaian seragam, satu kegiatan persatuanatau kelab atau satu kegiatan sukan atau
                             permainan [ SPI Bil 1 Tahun 1985].













                                                                                                               118
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123