Page 119 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 119

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021











                           7.  Sekolah mewujudkan peluang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan koku-
                             rikulum yang diminati oleh mereka.
                           8.  Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah
                             direkodkan dan diberi penilaian[ SPI Bil 1 Tahun 1985 dan SPI Bil 2 Tahun 1986].
                           9.  Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum setelah murid itu  didaftarkan untuk
                             menyertainya ialah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh
                             dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke atas kesalahan pon-
                             teng sekolah atau ponteng kelas.
                           10.Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
                             mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib[SPI Bil 1 Tahun 1985].
                           11.      Setiap guru di sekolah hendaklah  diberi tugas dan tanggung jawab secara
                             bertulis, spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti
                             yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
                           12.      Keengganan guru melaksanakan tugas  dan tanggungjawab yang telah di-
                             peruntukkan adalah suatu kesalahan dari segi keperluan perkhidmatan atau kepatu-
                             han dan kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun moral dan wibawa
                             keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut Perintah-perintah Am Peg-
                             awai Awam-Bab D-Kelakuan dan tatatertib.
                           13.      Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi ele-
                             men-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta nilai-nilai murni
                             yang membantu murid membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara
                             seimbang.
                           14.      Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
                             penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi mem-
                             fokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.
                           15.      Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat meren-
                             tas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaannya pula terbuka kepada
                             semua murid.
                           16.      Kegiatan kemasyarakatan seperti kerja amal untuk masyarakat setempat, ber-
                             gotong-royong memperbaik sekolah, gerak kerja yang menekankan perpaduan
                             kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menye-
                             luruh dan pembentukan keperibadian murid juga dianggap sebagai kegiatan koku-
                             rikulum [ SPI Bil 1 Tahun 1985].
                           17.      Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan
                             penyertaan anggota masyarakat setempat jika ada keperluan.
                           18.      Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid bergiat dalam kegiatan
                             pasukan seragam yang terdapat di sekolah-sekolah.Selaras dengan dasar tersebut,
                             guru dan murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan
                             dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi kerajaan atau Pertub-
                             uhan Bukan Kerajaan yang berdaftar [SPI Bil 24 Tahun 1998].
                             19.        Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program
                                        lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang.Kementerian
                               juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk  menyertai lawatan-
                             lawatan tersebut[SPI Bil 2 Tahun 2000].










                                                                                                               119
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124