Page 120 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 120

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021









                           20.Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan murid atau orang
                             perseorangan ( atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam
                             bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada ke-
                             jayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid yang
                             mempunyai sifat disiplin yang baik [ SPI Bil 1 Tahun 1985].
                           21.      Sekolah hendaklah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan ba-
                             kat dan potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh murid
                             ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Murid juga
                             sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-
                             masing kepada masyarakat awam.
                      B.  KEGIATAN EKSTRA KURIKULUM

                          1  Sekolah sentiasa menggalakkan supaya murid-murid didedahkan kepada bidang-
                             bidang kesenian berikut:

                             1.1  Bahasa dan kesusasteraan ; penghayatan dan penglibatan dalam kegiatan-
                                  kegiatan puisi dan prosa seperti sajak, syair, penulisan esei dan kegiatan-kegiatan
                                  penulisan kreatif, pemikiran dan keilmuan melalui forum, perbahasan dan se-
                                  bagainya.
                             1.2  Seni halus dan seni tampak; bidang-bidang pertukangan tangan, seni ukir, seni
                                  hias, seni khat, seni foto,seni lukis, seni tembikar, tekat-menekat, sulam-menyulam,
                                  tenunan dan anyaman.

                             1.3  Seni mempertahankan diri; silat.
                             1.4  Permainan tradisi; gasing, congkak, wau.
                          2.  Kegiatan seni lakon atau seni pentas juga digalakkan dengan mengutamakan kese-
                             nian  tradisi rakyat asal rantau ini;
                             2.1  Nyanyian seni suara; nyanyian tradisi rakyat seperti lagu-lagu rakyat ( contoh Rasa
                                  Sayang, lenggang Kangkong), lagu asli ( misalnya dendang saying, Tudung Peri-
                                  ok), Nasyid, Qasidah, Marhaban, Hadrah.
                             2.2  Muzik; membina penghayatan muzik melalui Muzik Tradisi seperti Gamelan, muzik
                                  Wayang Kulit, Kompang, Ghazal.
                             2.3  Seni lakon / teater; senilakon/teater bercorak tradisi/klasik seperti Makyung, Bang-
                                  sawan, Boria. Teater semasa / kontempra seperti drama tari, drama moden,
                                  purbawara.

                             2.4  Seni tari; tarian tradisi kebangsaan seperti inang, zapin dan joget. Tarian bersifat
                                  wilayah budaya seperti kuda kepang, canggung, sumazau.
                          3.  Bidang kesenian yang hendak diketengahkan dalam mana-mana majlis atau
                             upacara rasmi hendaklah semestinya berlandaskan  prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan
                             Kebangsaan.
                          4.  Mana-mana unsur  kesenian asing hanya boleh dipersembahkan dalam majlis-majlis
                             dan upacara sekolah  setelah diubahsuaikan dengan prinsip-prinsip Dasar Ke-
                             budayaan Kebangsaan.









                                                                                                               120
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125