Page 121 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 121
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
5. Penglibatan murid berbilang kaum dalam satu-satu aktiviti kesenian sangat digalakkan
untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum serta menyerapkan ciri-ciri
keperibadian kebangsaan.
6. Sebarang persembahan yang mengandungi unsur-unsur budaya massa yang tidak
terkawal seperti tarian disko, hippism dan lain-lain unsur baru pengaruh asing dari se-
masa ke semasa yang tidak sesuai dan bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Ke-
bangsaan adalah dilarang.
7. Semua bentuk aktiviti kesenian dan kebudayaan sekolah hendaklah mematuhi Garis
Panduan Mengenai Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah [ SPI Bil 3 Tahun 1984].
C PENGURUSAN KEGIATAN KOKURIKULUM
1. Aktiviti kokurikulum telah ditetapkan pada setiap hari rabu ( 2.00 pm – 5.00 pm). Selain
daripada itu, aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan mengikut perancangan Takwim
Kokurikulum atau surat arahan jabatan bagi memenuhi peruntukan masa kokurikulum..
2. Setiap guru menerima tugas dan tanggung jawab masing-masing dalam bidang koku-
rikulum secara bertulis. Tugas dan tanggung jawab ini mestilah jelas, spesifik, adil dan
kuantitatif serta ada unsur-unsur yang menguji kepatuhan,kesungguhan dan keber-
tanggungjawaban serta yang mencabar profesionalisme guru.
3. Fail pengurusan setiap unit hendaklah sentiasa kemas kini, aktif dan lengkap. Setiap
unit mesti mempunyai Takwim Aktiviti Unit berpandukan Takwim Kokurikulum
Sekolah.Setiap unit membuat perancangan aktiviti berdasarkan KPI yang telah
ditetapkan oleh JK Kokurikulum Sekolah.
4. Setiap murid hendaklah menyertai kegiatan kokurikulum seperti yang ditetapkan dan
masing-masing mempunyai rekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam
bidang kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh KPM.
5. Sekolah hendaklah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data mengenai pen-
capaian sekolah dan murid dalam bidang kokurikulum pada setiap tahun.
6. Sekolahhendaklah berhasrat untuk menghasilkan satu pasukan murid atau seorang
murid mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan menyertai
aktiviti di peringkat antarabangsa.
7. Indikator kemenjadian murid hasil kegiatan kokurikulum yang berkesan dapat dikesan
melalui:
7.1 Penurunan kadar kes disiplin dan vandalism
7.2 Penurunan kes ponteng dan buang sekolah
7.3 Murid cergas dan ceria
7.4 Peningkatan kuantiti dan kualiti dalam aspek budi bahasa dan budi pekerti
7.5 Peningkatan prestasi akademik
7.6 Hubungan sekolah dengan komuniti lebih efektif
121

