Page 47 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 47
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23 UNIT KURIKULUM
4. Menyelaraskan pentaksiran (Pentaksiran Bilik Darjah) dan Penjaminan Kualiti PBD (4P).
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan pentaksiran.
6. Mengadakan mesyuarat panitia
7. Menyediakan minit mesyuarat panitia
8. Menyelenggara Folder Panitia
TUGAS SETIAUSAHA PANITIA
1. Merancang agenda mesyuarat bersama Ketua Panitia/ menyedia / mengedar surat panggilan mesyuarat 7 hari
sebelum mesyuarat dijalankan.
2. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan maklum balas mesyuarat.
3. Menyiapkan minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli dalam tempoh 7hari selepas mesyuarat.
4. Menyelia dan mengumpul laporan bulanan dan aktiviti kurikulum supaya lancar dan sempurna.
5. Bersama Ketua panitia menyebar maklumat dan mengambil tindakan terhadap minit.
6. Membantu Ketua Panitia mengurus folder-folder panitia mata pelajaran.
7. Membantu Ketua Panitia mengurus dan menjaga alat/bahan bantu mengajar.
8. Membantu Ketua Panitia menyenaraikan alat/bahan bantu mengajar dan menyebarkannya kepada semua ahli
panitia.
9. Membantu Ketua Panitia mengurus stok ABM/BBM panitia.
10. Membantu Ketua Panitia menganalisa pentaksiran di sekolah.
TUGAS KETUA PANITIA
1. AJK Kurikulum Sekolah.
2. Menguruskan Fail Panitia.
3. Memastikan PLC dilaksanakan dalam panitia.
4. Membantu pentadbir bagi pencerapan/bimbingan guru dan kerja murid.
5. Merujuk masalah panitia kepada pentadbir.
6. Mencadangkan agihan guru kepada JK Jadual Waktu.
7. Menyelaraskan dan menyemak penyediaan pentaksiran di sekolah.
8. Menyediakan laporan analisis pentaksiran.
9. Menyelaras pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBD.
10. Merancang dan menyelaras strategi program peningkatan prestasi.
11. Membimbing guru meningkatkan keberkesanan PdPc.
12. Menyenarai dan menyediakan ABM/BBM.
13. Merancang dan mengendalikan program perkembangan staff.
14. Kewangan – Perbelanjaan tahunan, tatacara kewangan dan mengurus stok.
15. Bilik Khas – Menyedia Jadual Penggunaan, peraturan keselamatan murid dan peralatan.
16. Bilik Khas dalam suasana kondusif untuk PdPc.
17. Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum.
18. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
19. Menyedia dan melengkapkan perancangan strategik pelan taktikal, pelan operasi, jadual penilaian dan rumusan.
20. Melaksanakan aktiviti untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
21. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan menyebarkan maklumat kepada ahli panitia.
22. Menyediakan laporan panitia akhir tahun dan mengemaskini fail panitia.
TUGAS GURU MATAPELAJARAN
1. Menjadi ahli panitia.
2. Menyediakan RPT dan RPH.
3. Memberi gerak kerja bertulis kepada pelajar.
4. Menyedia, melaksana dan merekod pentaksiran di sekolah.
5. Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan.
6. Peka terhadap sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran.
7. Berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik, sahsiah dan kemenjadian murid.
8. Menghadiri kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah.
9. Bekerjasama dengan panitia merancang, menyusun dan melaksana program panitia, sekolah, PPD, JPN dan
KPM.
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
48

