Page 44 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 44

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23                                         UNIT KURIKULUM

           14  PUSAT SUMBER SEKOLAH
           14.1   Mesyuarat induk PSS dirancang dan dilaksanakan 4 kali setahun.

           14.2   Guru perlu ada kad pinjaman buku sekiranya ingin meminjam buku.

           14.3   Penggunaan Bilik Multimedia dan alatan audio perlu ditempah seminggu sebelum penggunaan.
           14.4   Data NILAM perlu diisi oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Malayu dan Bahasa Inggeris.

           14.5   Waktu penggunaan pusat sumber perlu mengikut jadual yang ditetapkan.
           14.6   PSS akan mula beroperasi pada awal persekolahan setiap tahun.

           14.7   Setiap dokumentasi program perlu dihantar 1 salinan untuk PSS.
           14.8   Waktu  pinjaman  buku  untuk  tahun  1  adalah  pada  waktu  NILAM  dan  menjadi  tanggungjawab  guru  mata

                pelajaran untuk menguruskan.

           14.9   Waktu pinjaman untuk murid tahun 2 hingga 6 adalah pada waktu rehat dan waktu NILAM.
           14.10  Pengawas PSS akan direhatkan 5 minit awal sebelum waktu rehat.


           15  PEMULIHAN
           15.1   Mesyuarat induk Pemulihan Khas dirancang dan dilaksanakan 4 kali setahun.

           15.2   Murid pemulihan dipilih berdasarkan keputusan Ujian Saringan Literasi & Numerasi yang telah dilaksanakan.
           15.3   Hanya  murid  yang  tidak  menguasai  kemahiran  konstruk  1  dan  konstruk  2  dalam  Ujian  Saringan  Literasi  &

                Numerasi akan memasuki kelas pemulihan.

           15.4   Guru  yang  mencalonkan murid  ke  kelas  pemulihan perlu  mengisi  borang  pencalonan  yang  boleh  diperolehi
                daripada guru pemulihan.

           15.5   Murid  pemulihan  akan  memasuki  kelas  pemulihan  berdasarkan  jadual  waktu  kelas  pemulihan  yang  telah
                ditetapkan.











































           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                                   SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
                                                            45
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49