Page 42 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 42
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23 UNIT KURIKULUM
4 SUMBER PENDIDIKAN
4.1 Semua guru digalakkan menggunakan sumber pendidikan/Bahan Bantu Mengajar dalam Pembelajaran dan
Pengajaran daripada pelbagai bentuk samada media cetak, ICT, alam sekitar dan lain-lain.
4.2 Internet adalah satu sumber pendidikan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
5 TUGAS DAN LATIHAN
5.1 Setiap panitia perlu berbincang untuk membuat ketetapan kadar tugasan dan latihan yang wajar diberikan
kepada murid-murid dalam mesyuarat kali pertama.
5.2 Semua ketua panitia berkumpul untuk berbincang bagi membuat ketetapan bersama. Satu salinan ketetapan
diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk disahkan dan rekod.
6 PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
6.1 Guru matapelajaran dikehendaki merekod semakan buku latihan murid menggunakan borang SPSK yang telah
ditetapkan.
6.2 Buku latihan / BLA perlu dihantar kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan untuk semakan mengikut jadual
yang telah ditetapkan. (Jun dan November).
7 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
7.1 Pentaksiran Bilik Darjah dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu PdP dijalankan.
7.2 Guru merancang PdP dan menyediakan instrumen pentaksiran.
7.3 Guru menggunakan Borang Perekodan Murid untuk merekod Tahap Penguasaan murid sewaktu PdP.
7.4 Guru mengisi Templet Pelaporan PBD BPK bagi pertengahan dan akhir tahun mengikut ketetapan semasa yang
akan dimaklumkan oleh Penyelaras PBD, Pentadbir dan PPD.
7.5 Penyelaras PBD mengisi Laporan Tahap Penguasaan murid dalam MyPBDClik 2.0 untuk dihantar ke PPD.
7.6 Laporan kepada ibubapa disediakan oleh Penyelaras PBD secara dalam talian.
7.7 Guru kelas/penyelaras perlu membuat cetakan Laporan Prestasi murid untuk simpanan Fail Rekod Prestasi
Murid bagi tahun semasa.
7.8 Pelaksanaan Penjaminan Kualiti 4P (Pementoran, Pengesanan, Pemantauan, Penyelarasan).
8 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
8.1 Setiap guru perlu ada RPT mengikut matapelajaran yang diajar. RPT hendaklah disusun mengikut
minggu/takwim tahun semasa.
8.2 RPH wajib ditulis setiap hari sebelum Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan mengikut format yang telah
ditetapkan.
8.3 Kegagalan menulis RPH adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib.
8.4 Guru yang berkursus,bermesyuarat, bercuti dalam tempoh 3 hari perlu menyediakan RPH.
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
43

