Page 43 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 43

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/23                                         UNIT KURIKULUM

           9  BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)
           9.1  Perlu dilengkapkan maklumat diri, takwim hari persekolahan dan jadual waktu mengajar.

           9.2  Guru hendaklah membaca Aku Janji serta  beberapa maklumat dan pekeliling yang terdapat di dalam BRM.

                Seterusnya hendaklah menurunkan tandatangan sebagai bukti guru telah baca dan faham.
           9.3  BRM perlu dihantar untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar pada hari Jumaat atau hari akhir setiap

                hujung minggu.
           9.4  Guru yang berkursus, bersalin atau bercuti PERLU menghantar BRM ke pejabat.



           10  PERANCANGAN PROGRAM PANITIA
           10.1  Semua panitia perlu menjalankan program panitia yang telah dirancang mengikut jadual/tarikh.

           10.2  Menulis catatan dalam pelan operasi.

           10.3  Hantar kertas kerja/laporan awal kepada Guru Penolong Kanan untuk semakan/rekod.
           10.3  Menyiapkan dokumentasi.


           11  JADUAL WAKTU KELAS / PERSENDIRIAN / GURU GANTI
           11.1  Jadual waktu kelas mesti dipamerkan di papan kenyataan kelas.
           11.2  Jadual waktu kelas dan persendirian perlu ditulis/ditampal di dalam BRM.
           11.3  Slip/maklumat guru ganti hendaklah ditampal/dicatat di dalam BRM.

           12  GURU GANTI

           12.1  Jadual guru ganti akan diWhatsApps, diprint dan dimasukkan di dalam Folder Guru Ganti di kaunter pejabat
                untuk rujukan. Setiap guru ganti, PERLU tandatangan pada jadual guru ganti.

           12.2  Guru Ganti “WAJIB” masuk ke kelas yang telah ditetapkan.
           12.3  Guru Ganti perlu merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Keberadaan Guru/Buku Kawalan Kelas.

           12.4  Guru Ganti boleh memilih untuk:

                - Mengajar matapelajaran yang diganti.
                - Mengajar matapelajaran sendiri.

                - Menjalankan aktiviti bacaan dalam kelas (bekalan buku cerita dari PSS/sudut bacaan di dalam kelas).
                - Membuat aktiviti luar seperti berkebun, bersenam, melukis dan lain-lain yang sesuai.


           13  PENGURUSAN FAIL KUIKULUM DAN PANITIA
           13.1  Setiap panitia dan unit kurikulum perlu satu fail putih dan 5 folder (SPSK) atau mengikut keperluan.

           13.2  Fail putih (kertas) diuruskan oleh pihak pejabat, manakala Folder diuruskan oleh Panitia dan Unit Kurikulum.

           13.3  Ketua Panitia dan Setiausaha perlu mengemaskini folder dari semasa ke semasa.
           13.4  Pengisian folder adalah mengikut panduan SPSK.










           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                                   SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
                                                            44
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48