Page 128 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 128

•   Menggantikan guru tidak hadir mengajar (relif class)
                   •   Membuat  persediaan-persediaan  untuk  mengajar  seperti membaca  buku  tambahan,  membuat  nota  mengajar,
                       menyediakan BBM dan sebagainya.
                   •   Memeriksa buku latihan / nota murid-murid.
                   •   Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
                   •   Penyediaan aktiviti –aktiviti  kokurikulum.
                   •   Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.


               6.  SPI. BIL. 3/1987:  PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI  DALAM KELAS OLEH PENGETUA / GURU
                   BESAR.
                   •   Menjadi perkara yang diutamakan  dalam senarai tugas dan tanggungjawab dengan tujuan untuk mempertingkatkan
                       keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


               7.  SPI BIL. 5/1999: LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PPP, GURU, MURID  DAN STAF SOKONGAN DALAM
                   KEGIATAN POLITIK ANTI-KERAJAAN.
                   •   Terakluk  kpd  syarat-syarat  dan  peraturan  yang  telah  ditetapkan  kakitangan  kerajaan  adalah  dituntut  supaya
                       sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the goverment of the
                       day).


               8.  SPI BIL. 16/2000: SALAH LAKU MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM SOALAN PEPERIKSAAN/UJIAN DI
                   SEKOLAH DAN PERBUATAN MENGHASUT /MERACUNI FIKIRAN PELAJAR MEMBENCI KERAJAAN.
                   •   Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga terhadap pengetua/guru besar
                       sekolah berkenaan.

               9.  SPI BIL. 3/1985:  SIARAN MAKLUMAT UNTUK MEDIA MASSA.
                   •   Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui
                       akhbar atau memberi maklumat untuk media massa mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal-soal dasar,
                       peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang belum diputuskan.


               10.  SPI. BIL. 5/2002: LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN.
                   •   Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun.
                   •   Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan.

               11.  SPI BIL. 6/1985: PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH, MAKTAB PERGURUAN, POLITEKNIK, LAIN-LAIN
                   PEGAWAI DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PELAJARAN DI PPD ATAU BAHAGIAN, JPNJ DAN KPM.
                   •   Berikut adalah perturan pakaian yang ditetapkan:-
                       a)  Guru-Guru Lelaki.
                          (i)   Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ’bush-jacket’ atau ’lounge suit’. Jika
                               baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke
                               dalam.
                          (ii)   Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
                          (iii)   Pakaian baju melayu lenglap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju
                               melayu dan dipakai  dengan seluar panjang.
                          (iv)  Pakaian Baju melayu dengan kain sarong,’ jeans’, ’track suit’, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi,
                               kasut sukan, baju Hawaii, baju batek,  selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok
                               mata, tidak boleh dipakai.
                       b)  Guru-Guru Perempuan.
                           (i)   Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan
                               tidak menjolok mata.
                           (ii)  Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian
                               yang ditetapkan.
                           (iii)  Kasut sukan, ’jeans’, ’slacks’, ’track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian
                               yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh
                               dipakai.


                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           126
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133