Page 12 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 12

PANDUAN KURSUS            xi





                  DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


                  Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal sehingga akhir. Ia
                  menyatakan kandungan kursus dengan  ringkas  dan bertujuan membantu  anda
                  memahami  kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
                  untuk anda habiskan  bagi melengkapkan kursus  ini  dengan sepenuhnya.
                  Sentiasalah rujuk  Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
                  kandungan kursus  kerana  ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-
                  komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.


                  PENGENALAN


                  MPU3113 Hubungan Etnik  adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
                  Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus  ini
                  melibatkan  3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa  8 hingga
                  15 minggu.


                  KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


                  Kursus ini  ditawarkan  kepada semua pelajar yang mengikuti Program Sarjana
                  Muda. Modul ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada
                  hubungan etnik yang merupakan kunci kepada keharmonian dan pembangunan
                  negara.

                  Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
                  kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
                  yang sedia ada. Sebelum anda  memulakan kursus ini, sila pastikan anda
                  maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
                  dikendalikan.





















                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17