Page 14 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 14

PANDUAN KURSUS       xiii





                  SINOPSIS KURSUS


                  Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
                  yang disenaraikan berikut:


                  Topik 1 memulakan perbincangan tentang konsep pembinaan negara bangsa dan
                  pentingnya hubungan etnik yang harmoni dalam memastikan kejayaan proses
                  pembinaan negara bangsa di Malaysia.

                  Topik 2  memperkenalkan konsep asas dan teori utama dalam hubungan etnik
                  menggunakan pendekatan sosiologi.

                  Topik 3  membincangkan latar belakang  sejarah sebagai faktor yang
                  mempengaruhi pembentukan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan etnik di
                  Malaysia.


                  Topik 4 membincangkan kaitan ekonomi dalam mempengaruhi hubungan etnik
                  yang harmoni.

                  Topik 5  melihat sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan
                  kepentingannya dalam mempengaruhi hubungan etnik yang harmoni.

                  Topik 6  membincangkan sistem politik yang digunakan oleh Malaysia dalam
                  konteks masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

                  Topik 7  membincangkan tentang agama terbesar di Malaysia dan seterusnya
                  melihat fungsi agama sebagai pencetus pendamaian dan keharmonian kaum.

                  Topik 8  membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan rakyat
                  Malaysia dan seterusnya membincangkan tentang dasar awam ke arah perpaduan
                  kaum.

                  Topik 9 menghuraikan tentang latar belakang dan pelbagai aliran pendidikan di
                  Malaysia dan seterusnya proses ke arah perpaduan kaum melalui pendidikan
                  dilaksanakan.

                  Topik 10 mengaitkan hubungan etnik dengan realiti masyarakat Malaysia yang
                  rencam dan bagaimana hubungan ini dapat dibangunkan dalam konteks realiti
                  masyarakat Malaysia.









                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19