Page 15 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 15

xiv       PANDUAN KURSUS





            PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


            Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
            akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
            untuk merencana pembelajaran kursus  supaya lebih objektif dan berkesan.
            Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

            Hasil Pembelajaran: Ia  merupakan apa yang  anda harus dapat lakukan atau
            capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
            topik  anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
            untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti
            ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
            topik.

            Semak Kendiri: Soalan diselitkan  pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik.
            Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan
            untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
            digalakkan menjawab soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan
            sama  ada  anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
            menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
            jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.


            Aktiviti: Aktiviti juga  diselitkan pada  bahagian tertentu dalam sesuatu topik
            dengan tujuan menggalakkan  anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang
            anda telah pelajari kepada situasi  sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan
            kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan
            sesuatu seperti berfikir secara  mendalam,  memberi pendapat, berbincang
            bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal
            dan seumpamanya.

            Rumusan:  Pada akhir sesuatu topik, isi penting topik tersebut disenaraikan.
            Komponen ini membantu  anda  untuk mengingat dan mengimbas semula
            keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
            pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

            Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
            yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
            perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.










                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20