Page 161 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 161

144        TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK







              Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara dan
                merupakan asas penggubalan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan
                mempunyai elemen keluhuran perlembagaan.


              Perlembagaan Malaysia pada hari ini  adalah berasaskan Perlembagaan
                Persekutuan Tanah Melayu  1957  dan dipinda pada tahun 1963 dengan
                kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

              Sejarah Perlembagaan  Persekutuan berakar umbi dari zaman Kesultanan
                Melayu Melaka.  Kedatangan agama  Islam memberikan  impak penting pada
                Perlembagaan Persekutuan. Pengaruh British juga memainkan peranan yang
                penting dalam konteks perlembagaan negara ini. Perlembagaan Persekutuan
                ialah gabungan antara tradisi dan moden.


              Malayan Union digubal oleh British selepas Perang Dunia Kedua bertujuan
                untuk memperbaiki sistem pentadbiran dan  menjadikan negeri-negeri di
                Tanah Melayu menjadi taraf tanah jajahan, tetapi tidak berjaya dilaksanakan
                kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu.


              British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946 untuk menggubal
                perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi perlembagaan yang
                dihasilkan mendapat tentangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya
                (PKMM) dan orang bukan Melayu.


              Ahli PKMM menubuhkan PUTERA dan bergabung dengan AMCJA  untuk
                menentang  Perlembagaan Persekutuan  Tanah  Melayu dengan memberikan
                cadangan draf Perlembagaan Rakyat, tetapi tidak mendapat sokongan semua
                penduduk Tanah Melayu dan kerajaan British.


              British menubuhkan Suruhanjaya Reid 1956 untuk merangka perlembagaan
                yang mewakili semua  penduduk  di  Tanah Melayu dan diterima  sebagai
                perlembagaan negara Persekutuan Tanah Melayu 1957.

              Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu 1957 diisytihar menjadi
                Perlembagaan Malaysia selepas negara Malaysia dibentuk hasil penggabungan
                Sabah,  Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu pada  16
                September  1963 dengan beberapa tambahan  yang menyentuh kepentingan
                penduduk Sabah dan Sarawak.


              Unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah dalam aspek sistem
                beraja, agama Islam, Bahasa  Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan
                bumiputera.

                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166