Page 157 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 157

140        TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK




            (b)  Islam dipilih sebagai  agama rasmi kerana bertapak lebih  600 tahun yang
                  lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang
                  Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain;

            (c)   Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam  langsung tidak
                  diganggu dan British menyerahkan urusan agama kepada raja-raja Melayu;
                  dan

            (d)  Penggunaan undang-undang Islam dilaksanakan di negeri-negeri Melayu,
                  sebelum zaman penjajahan, dan selepas itu terus diiktiraf oleh penjajah
                  British.


            5.3.3 Bahasa Melayu


            Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui perkara 152 yang
            memperuntukkan  bahasa kebangsaan ialah  Bahasa Melayu (yang  mengikut
            implikasi mestilah digunakan untuk maksud rasmi). Namun, perkara ini
            juga melindungi bahasa  lain dan  seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
            sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain
            maksud rasmi) atau mengajar  atau belajar  bahasa lain. Alasan menjadikan
            Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal
            bertujuan menyatukan rakyat berbilang kaum melalui penggunaan satu bahasa
            yang sama, serta sebagai pengenalan  kepada bangsa dan negara  Malaysia.
            Kejayaan menjadikan Bahasa  Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat dilihat
            apabila rakyat mula memahami dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
            Malah Bahasa Melayu kini telah menjadi alat penghubung yang penting dalam
            kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, bukan sahaja dalam urusan rasmi
            kerajaan, tetapi juga  meliputi kehidupan seharian. Selain itu, kerajaan juga
            berhak mengekalkan  penggunaan dan pembelajaran bahasa  lain. Rasional
            Perkara 152 ialah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 5.2.























                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162