Page 107 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 107

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                       6.1.3    Agihan Tugas Khusus Guru-guru Penasihat  Kelab dan Persatuan/Unit Uniform
                              dan Kelab  Sukan dan Permainan.

                              Ketua Guru Penasihat
                              a.  Mempengerusikan Mesyuarat Agung untuk melantik AJK Kelab/Persatuan yang baru
                                 serta merancang aktiviti untuk tahun berikutnya.
                              b.  Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurang 4 kali setahun, merancang
                                 serta membincang aktiviti tahunan mengikut jadual perjumpaan.
                              c.  Memastikan aktiviti tahunan dilaksanakan dengan membuat pengagihan tugas yang
                                 sama rata dalam guru penasihat yang lain.

                              Penolong Ketua Guru Penasihat
                              a.  Bertanggungjawab  membantu  Ketua  Guru  Penasihat  melicinkan  perjalanan
                                 Kelab/Persatuan.
                              b.  Memastikan  fail-fail  kelab/persatuan  sentiasa  dikemaskini,  mengandungi  semua
                                 maklumat  yang  diperlukan  termasuk  butiran  perjumpaan/aktiviti,  maklumat
                                 kehadiran dan sebagainya serta sentiasa sedia untuk disemak oleh Penyelaras/pihak
                                 pemantau. Pemantauan fail kali pertama akan diadakan pada minggu pertama bulan
                                 April.
                              c.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Guru Penasihat dari masa ke
                                 semasa.

                              Guru-guru Penasihat Ketiga dan seterusnya…

                              a.  Bertanggungjawab  memastikan  Papan  Kenyataan  Kelab/persatuan  dilengkapi
                                 dengan  maklumat-maklumat  penting  selewat-lewatnya  minggu  keempat  bulan
                                 Februari  (Carta  organisasi,  Senarai  Nama  Guru  Penasihat  dan  AJK,  Perancangan
                                 Tahunan beserta tarikh pelaksanaannya, Carta Gant dan lain-lain maklumat yang
                                 berkaitan). Pemantau Papan Kenyataan yang pertama akan diadakan dalam bulan
                                 Mac.
                              b.  Bertanggungjawab  membantu  Ketua  Guru  Penasihat  melincinkan  perjalanan
                                 kelab/persatuan
                              c.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Guru Penasihat dari masa ke
                                 semasa.
                              d.  Merekodkan  semua  butiran  kehadiran/pencapaian/penglibatan/penyertaan  ahli-
                                 ahli dalam Buku Rekod Kokurikulum Pelajar.
                              e.  Menyedia dan mengurus Sijil Penyertaan Pelajar

























                                                                                                         107
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112