Page 102 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 102
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
Q. SETIAUSAHA SUKAN
1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan
MSSD, MSSN dan MSSM sepanjang tahun
2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut Rumah Pasukan
3. Membantu Pengetua menetapkan Guru Kanan Rumah dan Guru-Guru
Rumah lain
4. Membantu Pengetua membahagikan tugas sukan kepada guru-guru
5. Menyelaraskan kegiatan/latihan dan pertandingan antara rumah-rumah
dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat,
gelanggang dan padang
6. Menentukan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut
ukuran yang betul
7. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga Tahunan
sekolah
8. Membantu Pengetua enyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk
tahun berkenaan
9. Menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang
dianjurkan oeh badan-badan yang lain
10. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan yang baik
11. Mengmaskini Buku Stok Sukan
12. Mengaturkan pengangkutan dan kenderaan untuk pasukan sekolah
sekiranya perlu
13. Mencadang peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang
patut dibeli dan patut diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya
14. Menyediakan Laporan Sukan Tahunan
15. Menjadi Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pengawas
16. Mencadangkan Olahragawan dan Olahragawati sekolah
17. Mencadangkan langkah-langkah untuk meninggikan prestasi sukan
sekolah
18. Tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa
R. KETUA RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan
pelajar)
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan peajar yang meliputi
olahraga dan permainan
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM
/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan
rekod
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada
Setiausaha Sukan untuk dicalon sebagai wakil sekolah
102

