Page 103 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 103

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                              S.     GURU RUMAH SUKAN

                                     1.     Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
                                     2.     Guru  dan  pelajar  wajib  hadir  pada  waktu  latihan  Rumah  Sukan.
                                            Kedatangan dicatatkan dalam buku kehadiran
                                     3.     Memilih  dan  melatih  pasukan  olahraga  dan  permainan  untuk
                                            pertandingan antara Rumah Sukan
                                     4.     Menghantar  nama  peserta  yang  berpotensi  untuk  pemilihan  wakil
                                            sekolah
                                     5.     Merekodkan  kedatangan  pelajar  dan  mengambil  tindakan  terhadap
                                            pelajar yang tidak hadir
                                     6.     Mengawasi keselamatan pelajar semasa waktu latihan
                                     7.     Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar
                                     8.     Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan
                                            prestasi rumah sukan


                              T.     GURU PERMAINAN

                                     1.     Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang
                                            dijaga
                                     2.     Membentuk,  membuat  pemilihan  dan  melatih  pasukan  sekolah
                                            mengikut jadual yang dirangka
                                     3.     Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar
                                            dalam permainan itu
                                     4.     Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan antara rumah
                                     5.     Menganjurkan  perlawanan  antara  sekolah  seberapa  kerap  yang
                                            mungkin
                                     6.     Menguruskan  pengangkutan  untuk  pasukan  sekolah  ke  pertandingan
                                            luar  termasuk  surat  izin  ibubapa  dan  memastikan  pelajar-pelajar  itu
                                            dilindungi oleh insuran
                                     7.     Melaporkan  dan  merekodkan  keputusan-keputusan  pertandingan
                                            disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat
                                            sekolah
                                     8.     Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan
                                            bagi permainan itu
                                     9.     Memastikan  pelajar-pelajar  pasukan  seolah  memiliki  semangat
                                            kesukanan  yang  tinggi  di  samping  menjunjung  undang-undang  dan
                                            disiplin sekolah


                              U.     GURU PENASIHAT PERSATUAN

                                     1.     Bertnaggungjawab  menasihati,  membimbing  dan  mengawal  susunan
                                            dan  perjalanan  peraturan-peraturan  yang  berkenaan  supaya  benar-
                                            benar teratur dan bergerak
                                     2.     Bertanggungjawab  sebagai  penggerak  kepada  persatuan-persatuan
                                            yang berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah
                                            kepada ahli-ahli seperti:-
                                                   Melaksanakan projek-projek tertentu
                                                   Menganjur/ menyertai peraduan-peraduan
                                                   Mengadakan  kursus-kursus  bimbingan  dalam  bidang-bidang
                                                   yang sesuai


                                                                                                         103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108