Page 105 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 105

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                       6.1.2     Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan

                              A. Perhiasan dan Kebersihan Kelas


                                 1.  Setiap kelas mesti mempunyai :

                                         -   Jadual waktu induk yang terkini
                                         -   Jadual Bertugas harian yang ada pusingan dan giliran
                                         -   Kenyataan Kehadiran Pelajar di sudut atas sebelah kanan papan tulis
                                         -   Senarai Ahli jawatankuasa Kelas/Organisasi Kelas
                                         -   Piagam Kelas/Moto Kelas
                                         -   “Count Down” Peperiksaan Awam PT3 dan SPM.
                                         -   Sudut  mata  pelajaran  di  belakang  kelas  hendaklah  dipenuhi  dan
                                            ditampal
                                         -   Senarai inventori/peralatan di dalam kelas hendaklah dipamerkan
                                         -   Buku pergerakan pelajar hendaklah diurus dengan baik


                              B. Jadual Kedatangan

                                 1.  Ia  adalah  dokumen  rasmi  yang  penting.  Guru  kelas  berkenaan
                                     bertanggungjawab penuh ke atasnya. Jadual ini tidak dibenarkan dibawa keluar
                                     dari pejabat (kecuali bagi urusan menutup data, urusan rasmi seperti “Fire Drill”,
                                     Hari  Pelaporan  atau  ada  urusan  dengan  ibu  bapa/penjaga.  Segala  maklumat
                                     hendaklah diisi sepenuhnya oleh guru kelas yang berkenaan.
                                 2.  Maklumat di dalamnya mesti tepat dan kemaskini.
                                 3.  Tulisan mestilah kemas dan mudah dibaca. Gunakan HURUF BESAR.
                                 4.  Gunakan pen dakwat hitam atau biru sahaja. (pilih dakwat yang sesuai).
                                 5.  Kehadiran pelajar mesti dicatat selewat-lewatnya akhir waktu kedua sesi hari
                                     berkenaan.
                                 6.  Nama bapa atau penjaga yang sah sahaja dicatatkan. Jika penjaga sementara
                                     (abang, kakak, bapa saudara dll) kedua-dua maklumat mesti dicatat.
                                 7.  Nama pelajar ditulis dengan lengkap setiap bulan termasuk Disember .
                                 8.  Nombor pendaftaran pelajar hendaklah dicatat.
                                 9.  Nama dan Nombor biasiswa hendaklah dicatat.
                                 10. Maklumat rumah sukan dan kokurikulum hendaklah dicatat.
                                 11. Yuran dan nombor resit hendaklah dicatat.
                                 12. Menandakan maklumat kehadiran dengan jelas.



                                            0     –  Ponteng/tidak hadir tanpa sebab

                                            L     –  Lewat (dikira hadir)

                                            K  –  Pelajar menghadiri aktiviti Kokurikulum, berkursus  (dikira hadir)

                                            B  – Tidak hadir dengan kebenaran (penjaga memohon kebenaran untuk
                                                 aktiviti keagamaan, urusan keluarga, hadir temuduga)

                                            S     –  Cuti sakit (surat doktor atau surat penjaga)

                                 13. Bagi kes ponteng, guru bertanggungjawab menghantar surat amaran /mendapat
                                     makluman. (Surat Amaran 1, Surat Amaran 2, Surat Amaran 3).



                                                                                                         105
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110