Page 25 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 25

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                                     3.3    Sebelum  meninggalkan  sekolah,  guru  diminta  meninggalkan  kerja
                                            bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.
                                     3.4    Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan
                                            kecemasan.
                              3.3.4  Cuti

                                     4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal  Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP
                                            (PP)  0046.SJ/A/(30)  bertarikh  24  Disember,    1993,guru  berkelayakan
                                            mendapat  cuti  penggal  sekolah  untukmenggantikan  cuti  rehat.Tetapi
                                            guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga
                                            daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk  menjalankan  tugas-tugas
                                            seharian daripada mengajar.

                                           4.2      Cuti sakit

                                            4.2.1   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua
                                                   hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan
                                                   Kerajaan.
                                            4.2.2   Cuti  sakit  yang  dikeluarkan  oleh  doktor  swasta  tidak  boleh
                                                   melebihi 14  hari dalam setahun.
                                            4.2.3   Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan
                                                   atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri
                                                   dan Kementerian pendidikan untuk menentukan pembayaran
                                                   gaji.

                                       4.3        Cuti Tanpa Gaji

                                            4.3.1     Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di
                                                   atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
                                            4.3.2   Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh
                                                   diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
                                            4.3.3   Kelayakan  Cuti  Tanpa  Gaji  ialah  30  hari  bagi  tiap-tiap  genap
                                                   tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
                                            4.3.4   Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil
                                                   sekali dalam masa 4 tahun.
                                            4.3.5   Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun
                                                   adalah  diluluskan  oleh  Pengarah  Pendidikan  Negeri.Cuti  yang
                                                   melebihi  15  hari  diluluskan  oleh  Kementerian  Pendidikan
                                                   Malaysia.Borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan
                                                   Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

                              4.4           Cuti Rehat Khas

                                            4.4.1    Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
                                            4.4.2   Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab
                                                   Kecemasan  dan  upacara  agama  bagi  tempoh    sepuluh  hari
                                                   dalam setahun.

                                     4.5          Cuti Keluar Negeri

                                            4.5.1     Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat
                                                   Kelulusan dari Jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di
                                                   pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.


                                                                                                          25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30