Page 85 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 85

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



               6.O  LAMPIRAN


                       6.1    LAMPIRAN A - Senarai Tugas

                       6.1.1     Tugas dan Tanggungjawab Guru

                              A)       PANITIA MATA PELAJARAN (GURU-GURU KANAN)

                                     1.     Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran kemas kini.
                                     2.     Menentukan  penggunaan  bahan-bahan  bantu  mengajar  dan  kaedah-
                                            kaedah pengajaran pembelajaran kemas kini.
                                     3.     Bertanggungjawab  menyediakan  Kontrak  Pengajaran  dan  Rancangan
                                            Pelajaran Harian dan Tahunan.
                                     4.     Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan
                                            pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
                                     5.     Menganalisa keputusan peperiksaan bagi matapelajaran berkenaan dan
                                            mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari
                                            masa ke semasa seperti mengadakan:
                                            i.     Kelas-kelas tambahan
                                            ii.    Ceramah-ceramah menjawab soalan
                                            iii.   Panduan-panduan tertentu
                                            iv.    Kuiz
                                            v.     Bahas
                                     6.     Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk
                                            Perpustakaan atau rujukan guru.
                                     7.      Mengkaji  dan  menilai  buku-buku  teks  yang  baru  untuk  dipilih  dan
                                            digunakan oleh sekolah.
                                     8.     Memberi  kerjasama  kepada  Jawatankuasa  SPBT  untuk  menjaga
                                            keselamatan buku-buku teks yang digunakan.
                                     9.     Bertanggungjawab  menyediakan  bahan-bahan  atau  alat-alat  untuk
                                            pameran jika ada.
                                     10.    Mengkaji  dan  menentukan  jenis  buku  latihan  kerja  bagi  tiap-tiap
                                            tingkatan jika diperlukan.
                                     11.    Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan dalam dan
                                            luar untuk semakan dan rujukan di perpustakaan sekolah.
                                     12.    Mengadakan  tindak  balas  kepada  setiap  perubahan  baru  yang
                                            diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran
                                            dan pembelajaran baru jika ada.
                                     13.    Membuat     anggaran-aanggaran    perbelanjaan   tahunan   untuk
                                            persetujuan pihak sekolah.
                                     14.    Bersama-sama  memikul  tanggungjawab  mengekal  dan  meninggikan
                                            prestasi pelajar-pelajar.
                                     15.    Mengada dan melaksanakan peraturan panitianya.
                                     16.    Mengadakan  mesyuarat  panel  sekurang-kurangnya  sepenggal  sekali
                                            atau lebih kerap lagi jika perlu.
                                     17.    Menjalankan semua arahan yang diberikan dari masa ke semasa.








                                                                                                          85
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90