Page 88 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 88
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4.4 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang
menghadapi masalah kesihatan.
4.5 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika
terdapat pelajar yang menghadapi masalah kemerosotan
pelajar.
4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang
melanggar disiplin sekolah.
4.7 Melaporkan kes poteng kepada Unit Disiplin.
5. Buku Teks,Biasiswa dan Bantuan.
5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar
yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut an
ditulis nama pelajar.
5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan
menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku
teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru
SPBT.
5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk
bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan/GPK
HEM.
6. Kutipan Yuran dan Dana
6.1 Memastikan semua pelajar membayar yuran persekolahan.
6.2 Mencatatkan No. Resit pembayaran Yuran di dalam Jadual
Kedatangan Murid untuk tujuan rujukan.
6.3 Menyerahkan semua wang kutipan yuran (sekiranya ada)
kepada Pembantu Tadbir.
7. Pendaftaran Pelajar Baru
7.1 Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras
Tingkatan/GPK HEM.
7.2 Mendaftarkan nama pelajar baru ke dalam buku kemasukan
pelajar dan mendapatkan nombor pendafaran pelajar baru
daripada GPK HEM.
7.3 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari
sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat
buku teks.
7.4 Menyemak jika pelajar ini mendapat sebarang bentuk
biasiswa/wang bantuan dan melaporkannya kepada guru
berkenaan/GPK HEM.
7.5 Menentukan penerimaan kad Kemajuan Pelajar dan Rekod 001
dari sekolah yang terdahulu.
7.6 Menentukan kedudukan rumah sukan.
7.7 Mengambil butir-butir yang diperlukan.
88

