Page 90 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 90
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
D. GURU BERTUGAS HARIAN
1. Guru bertugas dikehendaki datang sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum persekolahan bermua, dan pulang sekurangnya 30 minit
setelah sekolah berakhir.
2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap
pelajar-pelajar sebelum loceng pertama dibunyikan, di waktu rehat, di
sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah jika perlu.
3. Mengawasi kebersihan bilik darjah, bilik air, kantin dan kawasan
sekolah.
4. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan
melaporkannya.
5. Membuat laporan di dalam buku “Laporan Bertugas” yang disediakan
dan kalau perlu, laporan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera
dapat diambil.
6. Menguruskan rawatan pelajar-pelajar yang sakit atau menghantar
mereka ke hospital/rumahnya.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama-
nama pelajar yang memohon.
8. Memastikan ketetapan waktu kehadiran, kepulangan pelajar, masa
rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan ha-hal yang bersabit dengan kehilangan/kejumpaan
barang.
10. Menentukan tentang keselamatan pelajar-pelajar di sekitar kawasan
sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-
persatuan, kegiatan beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang djalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku
sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam “Buku Laporan
Bertugas”. Antara perkara-perkara yang dicatatkan ialah:-
12.1 Kedatangan pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan.
12.2 Pelajar-pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
12.3 Ucapan/pengumuman-pengumuman penting dalam
perhimpunan.
12.4 Lawatan pelawat-pelawat
13. Mengadakan perhimpunan sekolah dan menentukan semua guru dan
pelajar menghadiri perhimpunan.
14. Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman-pengumuman dalam
perhimpunan sekolah.
15. Memeriksa buku catatan Ketua Pengawas:-
15.1 Mengambil perhatian dan tindakan jika perlu
15.2 Melaporkan apa-apa masalah penting kepada Pengetua
90

