Page 87 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 87

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                                                   Kebersihan  dan  AJK  Kecerian.  Memastikan  AJK  Kebersihan
                                                   mengagihkan  pelajar  untuk  membersihkan  papan  hitam,
                                                   menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan
                                                   membuang  sampah.Memastikan  AJK  Kecerian  sentiasa
                                                   mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa
                                                   ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk
                                                   kelas.
                                                 1.2   Menentukan perkara yang berikut ada di dalam kelas:-

                                                   a)      Jadual Waktu
                                                   b)      Jadual Tugas
                                                   c)      Perabot Kelas seperti kerusi meja pelajar,meja guru dan
                                                           papan hitam di aventorikan.
                                                   d)      Moto Kelas
                                            1.3    Menentukan  wayar  elektrik,  kipas  angin  dan  lampu  dalam
                                                   keadaan baik dan selamat digunakan.
                                            1.4    Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada
                                                   guru yang berkenaan.
                                            1.5    Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

                                     2.     Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar
                                            2.1    Menandakan  jadual  kedatangan  harian  selewat-lewatnya  jam
                                                   9.00  pagi  dan  menyimpan  buku  daftar  kedatangan  pelajar  di
                                                   pejabat.
                                            2.2    Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku
                                                   daftar kedatangan pelajar ditulis.
                                            2.3    Memastikan data terkini pelajar di tulis.
                                            2.4    Memastikan  kelas  mempunyai  Buku  Kawalan  Disiplin  dan
                                                   diselenggarakan seperti yang diarahkan.
                                                   a)      Buku diambil dan dihantar pada waktu dan tempat yang
                                                           dsediakan.
                                                   b)      Menjamin keselamatan buku tersebut.

                                     3.      Laporan Pelajaran
                                            3.1    Memastikan pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.
                                            3.2    Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik,
                                                   kokurikulum  dan  fizikal  dalam  kad  kemajuan  murid  bagi  tiap
                                                   semester.
                                            3.3    Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
                                            3.4    Mengambil kad 001 dan Fail Peribadi Pelajar daripada GPK HEM
                                                   untuk di kemaskini.
                                            3.5    Menyedia dan mengisi :
                                                   a)       “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah.
                                                   b)        Kad 001
                                                   c)        Sijil  berhenti  dan  surat  akaun  bagi  pelajar  yang
                                                           menamatkan persekolahan.

                                     4.     Masalah Pembelajaran.Kesihatan Diri dan Disiplin

                                            4.1    Memberi  galakan,  motivasi  dan  merangsang  minat  pelajar
                                                   terhadap akademik.
                                            4.2    Menggalakkan  pertandingan  yang  berbentuk  akademik  dan
                                                   memberikan hadiah (jika perlu).


                                                                                                          87
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92