Page 13 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 13
Mesyuarat
AGUNG PIBG
4.3 Perbahasan Usul
4.3.1 Bahagian Kurikulum
4.3.1.1 Membuat kelas tambahan pada waktu petang
Pencadang : M. Hasnan bin Mohd Arif
Jawapan : Kelas Tambahan Gilapan Permata setiap hari Isnin dan Kelas
PTRS setiap hari Selasa dan Khamis diadakan sepanjang tahun manakala
Kelas Semarak Jaya berjalan mengikut takwim.
4.3.1.2 Jangan berikan kerja sekolah kepada murid melalui aplikasi whatsapp
Pencadang : Nursyazwani bt Mohamad Salehhuddin
Jawapan : Ini merupakan kes terpinggir di mana melibatkan guru kelas
atau guru- guru yang tiba-tiba keluar bertugas atau cuti sakit. Perkara ini
berlaku untuk memudahkan kerja-kerja sekolah yang sepatutunya dibuat
tidak tertangguh.
4.3.1.3 Apakah aktiviti selepas peperiksaan sekolah penggal I, II dan Akhir. Adakah
murid-murid dibenarkan untuk bercuti walaupun belum waktu cuti
sekolah?
Pencadang : Rosli bin Harun
Jawapan : Tiada istilah cuti selepas peperiksaan. Kelas berjalan seperti
biasa Cuma pada bulan Oktober dan November ada kelas-kelas tertentu
yang digilirkan berehat kerana peperiksaan PT3 dan SPM. Murid-murid ini
digilirkan bercuti dan diagihkan sama banyak di mana surat makluman ada
diberikan kepada ibu bapa kerana kekangan kelas yang tidak mencukupi.
4.3.2 Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
4.3.2.1 Apakah murid-murid tidak mempunyai aktiviti ketika cuti sekolah seperti
mengecat sekolah, membaiki peralatan sekolah atau mencantikkan
sekolah?
Pencadang : Rosli bin Harun
Jawapan : Aktiviti keceriaan kelas dan kawasan sekolah dilaksanakan
semasa gotong-royong. Semasa cuti sekolah aktiviti yang dijalankan adalah
kelas tambahan bagi PT3 dan SPM. Selain itu, murid-murid tingkatan 1,2
dan 4 dibekalkan dengan pakej percutian.
12

