Page 14 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 14
Mesyuarat
AGUNG PIBG
4.3.3 Bahagian Kokurikulum
4.3.3.1 Aktiviti kokurikulum membosankan
Pencadang : Nursyazwani bt Mohamad Salehhuddin
Jawapan : Aktiviti kokurikulum menjadi salah satu agenda yang sangat
penting dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Memang tidak
dapat disangkalkan lagi bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk
sahsiah murid secara menyeluruh. Namun begitu, pelaksanaan dianggap
membosankan kerana:
1. Aktiviti kokurikulum mendapat sambutan dingin dalam kalangan murid-murid dan ibu bapa.
Aktiviti kokurikulum membosankan adalah merupakan alasan pelajar untuk mengelak
daripada menghadiri aktiviti kokurikulum. Anggapan pelajar bahawa aktiviti kokurikulum
hanya sia-sia. Pelajar haruslah mengubah fikiran mereka kerana pelajaran dan kokurikulum
adalah sama penting dan boleh menentukan masa depan mereka.
2. Kemampuan guru mengendalikan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan dengan berkesan.
Guru-guru yang menjalankan aktiviti kokurikulum mempunyai pengetahuan yang agak terhad
dan kurang kemahiran serta pengetahuan dalam bidang yang diberikan kepada mereka.
Keadaan ini timbul kerana mereka kurang pengalaman dan tidak pernah didedahkan dengan
sebarang kursus. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti
yang benar-benar dapat menimbulkan minat di kalangan murid. Pihak sekolah akan berusaha
menghantar guru-guru pemimpin untuk mengikuti kursus yang berkaitan secara berperingkat-
peringkat.
3. Tidak mempunyai prasarana yang lengkap bagi membolehkan aktiviti kokurikulum dapat
dijalankan dengan jayanya. Misalnya tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk
gunakan bila bilangan pelajar yang ramai. Sekolah pula tidak mempunyai sumber kewangan
yang mencukupi terutama sekolah-sekolah gred ’B’ untuk melengkapkan semua peralatan.
Keadaan ini akan menimbulkan masalah jika sekolah ingin mengadakan aktiviti
perkhemahan yang menelan belanja yang agak banyak. Sebarang kutipan daripada murid
tentunya akan membebankan ibu bapa.
13

