Page 10 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 10

Mesyuarat
                                                                                         AGUNG PIBG









             1.2.6     Beliau turut menyatakan kemenjadian murid adalah daripada HEM, Sahsiah dan
                    Koko, namun purata kehadiran murid adalah sekitar 72%. Beliau menambah,
                    masalah disiplin utama ialah ponteng. Selain itu, masalah datang lambat dan
                    merokok. Bagi kokurikulum pula, pihak sekolah menggalakkan pemakaian baju
                    koko.


           1.3   Ucapan Perasmian Oleh (Tn Hj Mohamad Jaafar Bin Ibrahim)



             1.3.1  Tuan Haji Mohammad Jaafar memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan
                    bersyukur kerana dapat bersama-sama dalam mesyuarat PIBG SMK Bandar Baru
                    Sultan Suleiman 2020.

             1.3.2  Beliau menyeru supaya ibu bapa dapat memberi sokongan padu kepada pihak
                    sekolah dan guru seperti yang dikongsi oleh En Mohd Shah.

             1.3.3  Beliau turut berkongsi tema Khutbah Jumaat di Masjid sebelumnya adalah “Guru

                    dihormati, Hidup Diberkati’ selaras dengan saranan untuk saling bekerjasama
                    dengan pihak sekolah bagi melahirkan generasi yang cemerlang.

             1.3.4 Beliau bagi pihak masjid mengalu-alukan kerjasama dari pihak sekolah bersama
                    pihak masjid bagi menjalankan program-program di masjid atau selainnya. Beliau
                    menyatakan bahawa walaupun dana masjid adalah sangat terhad namun, beliau
                    berjanji akan berusaha untuk tetap memberi sokongan kepada pihak sekolah.

             1.3.5 Akhir kata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak kerana
                    berjaya menjalankan majlis mesyuarat ini.


      2.       PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BBSS KALI
      KE -16
             2.1    Cadangan      : En Zulkifli bin Basiron


             2.2    Penyokong     : En Johari bin Jamil


      3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT



             3.1    Kutipan sumbangan PIBG dinaikkan dari RM50 kepada RM80 telah diluluskan

             3.2    Dermathon telah berjalan dan berjaya








                                                       9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15