Page 32 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 32
Mesyuarat
AGUNG PIBG
BIDANG : HAL EHWAL MURID
USUL 4 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Faridah binti Sanun Nur Fatin Syamimi binti
Tandas kotor dan pintu kelas yang rosak
Hashim (3B)
perlu dibaiki.
JAWAPAN :
1. Pembersihan dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik oleh kerajaan.
Pembersihan dilakukan dua kali sehari. Pagi jam 10 pagi dan petang jam 2/3 petang. Ada murid
yang kurang menjaga kebersihan, justeru tandas kotor. Pembersihan tidak dilakukan setiap
masa. Untuk makluman, pekerja swasta hanya seramai 4 orang sahaja berbanding sebelum ini 9
orang pekerja.
2. Pintu-pintu kelas yang rosak telah dibaiki semasa murid menjalani pdpr.
USUL 5 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Hasnah binti Johari Nur Syafiqa binti Jasmi
Minta bantuan internet untuk pdpr bagi (3C)
murid yang tidak berkemampuan.
JAWAPAN :
Bantuan internet adalah di luar bidang tugas sekolah walau bagaimanapun kerajaan menawarkan
internet percuma. Permohonan Bantuan Internet Percuma dan wifi free untuk Pelanggan Unifi, Time,
Maxis, Digi, Celcom, dan UMobile sepanjang PKP Sehingga 31 Disember 2021. Program internet
percuma kerajaan Malaysia ini ditawar kepada semua pengguna. Menerusi satu kenyataan dan
pengumuman daripada mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata, bermula
10 Jun sehingga 31 Disember, antara pakej khas yang ditawarkan adalah internet free kepada semua
dengan kapasiti 1GB percuma dengan internet kelajuan tinggi akan diterima oleh semua pelanggan
pascabayar dan prabayar Digi, UMobile malaysia, Unifi, Time Maxis dan Celcom sepanjang tempoh
PKP 2021. Ia dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, dan boleh digunakan antara jam 8
pagi hingga 6 petang sehingga hujung tahun ini 31 Disember. Inisiatif itu juga melibatkan portal
kerajaan yang diberikan tanpa had setiap hari sehingga 31 Disember.
31

