Page 36 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 36
Mesyuarat
AGUNG PIBG
BIDANG : HAL EHWAL MURID
USUL 13 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Norisah binti Hairi Nurin Nazirah bt Mohd
Membaik pulih bahagian sekolah yang
Nurhisyam Wan (3B)
rosak atau merbahaya kepada murid
sebelum sekolah dibuka,
JAWAPAN :
Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan infrastruktur sekolah yang rosak dengan peruntukan yang
mampu dibelanjakan. Pihak sekolah sebenarnya menghadapi peruntukan baikpulih yang sangat
terhad. Hal ini kerana:
1. Peruntukan yang diturunkan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menyelenggara dan
membaikpulih infrastruktur sekolah. Peruntukan ini jugalah yang digunakan untuk belanja
operasi sekolah yang sangat besar.
2. Sumber lain khususnya sumbangan PIBG sangat kecil. Hal ini kerana ramai ibu bapa penjaga
tidak menyumbang kepada PIBG sebanyak RM80.00 setahun. Keaadan ini juga sangat dirasai
semasa PKP ini bila mana kutipan PIBG adalah sebanyak lebih kurang 20% sahaja.
3. Pihak sekolah sedang giat mencari dana untuk menampung kos baikpulih, menyelenggara dan
menyediakan kemudahan kepada warga sekolah.
USUL 14 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Nurulhuda binti Md Noor Muhammad Daniel
Masa balik sekolah diawalkan dan murid
Asyraf bin Abdul
tidak perlu memakai uniform ketika
Muhaymin (2D)
musim covid-19.
JAWAPAN :
Dalam Manual Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 yang
dikeluarkan oleh KPM, antara perkara yang disarankan ialah penyuraian sekolah mengikut masa
secara berperingkat. Pihak sekolah telah melaksanakan kaedah ini sejak PKP Fasa 1. Maksudnya pihak
sekolah melepaskan murid balik sekolah secara berperingkat. Semasa Pandemik Covid-19, tidak
menghalang daripada pemakaian uniform lengkap sekolah, namun seperti yang telah dijelaskan murid
dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat dan
murid perlu memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah. Garis panduan lengkap
akan dikeluarkan.
35

