Page 34 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 34

Mesyuarat
                                                                                         AGUNG PIBG






              BIDANG : HAL EHWAL MURID


         USUL 8 :                               NAMA IBU BAPA / PENJAGA            NAMA ANAK
                                                  Noraida binti Abd Rahim      Nur Iman Athilia binti
         Sekolah perlu mengadakan kempen                                         Mohd Khairi (3A)
         kesedaran tentang isu masalah                 Zainon binti Hj
         kesihatan mental dan ceramah untuk           Zakariah@Kiman          Siti Zulaika binti Mulyani
         meningkatkan ilmu dan semangat                                                (3A)
         mereka.
         JAWAPAN :
         Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa membuat sebaran maklumat berkaitan kesihatan mental
         melalui Program Minda Sihat. Antaranya program yang dijalankan adalah 5 minit Motivasi setiap pagi
         7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Program 1 Hari 1 Info pada setiap hari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam.
         Saringan Minda Sihat juga telah dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos. Program Intervensi Minda
         Sihat dijalankan setiap hari Isnin malam dan Sabtu malam jam 8.00 malam hingga 9.30 malam
         menggunakan medium meet dan Youtube Live. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menggunakan
         Youtube Channel untuk semua info berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Unit
         Bimbingan dan Kaunseling juga menggunakan MyLink untuk sebaran berkaitan Kesihatan Mental.




         USUL 9 :                               NAMA IBU BAPA / PENJAGA            NAMA ANAK
                                                  Noraida binti Abd Rahim      Nur Iman Athilia binti
         Sekolah perlu mengadakan kempen
                                                                                 Mohd Khairi (3A)
         kesedaran tentang perubahan cuaca dan
         kempen menanam pokok.



         JAWAPAN :
         Cadangan ini akan diambil maklum dan akan dibincangkan di peringkat sekolah.


         USUL 10 :                              NAMA IBU BAPA / PENJAGA            NAMA ANAK
                                                 Siti Maslina binti Mohamed      Aqil Batrisyam bin
         Sekolah perlu menonjolkan murid-murid
                                                                                Badaruzaman (1B)
         yang agak pasif dengan memberikan
         mereka jawatan di sekolah supaya
         mereka lebih berani, berkeyakinan, ada
         rasa tanggungjawab dan berdisiplin.


         JAWAPAN :

         Pihak sekolah telah melaksanakan idea ini, contohnya pengambilan pengawas bukan hanya daripada
         permohonan murid itu sendiri tetapi pelantikan dari pemerhatian guru termasuk idea yang dibawa ini.
         Walau bagaimanapun, tidak ramai murid yang sanggup melibatkan diri. Malah ada murid yang
         meletakkan jawatan setelah dilantik. Bagi murid yang ada cadangan untuk meletak jawatan ini, pihak
         HEM telah melaksanakan sesi kaunseling dan nasihat.




                                                      33
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39