Page 35 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 35
Mesyuarat
AGUNG PIBG
BIDANG : HAL EHWAL MURID
USUL 11 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Kamarul Azman bin Hj Awang Abdullah Basyir bin
Baiki tandas murid yang rosak Kamarul Azman (2A)
terutamanya tandas murid lelaki. Devi a/p Biyasamy
Abillesh a/l Sanmugam
(2A)
JAWAPAN :
Pihak sekolah sentiasa prihatin dengan keselesaan murid dan sentiasa membaiki dan menaik taraf
infrastruktur dan kemudahan sedia ada. Perbelanjaaan yang besar sering dikeluarkan untuk
membaiki tandas sekolah. Sebagai persediaan pembukaan sekolah yang akan datang, pihak sekolah
telah membaiki dan mengecat tandas yang digunakan oleh murid. Pihak sekolah sangat merayu
kepada ibu bapa supaya memesan kepada anak-anak agar sentiasa sayang dan menjaga harta benda
sekolah sebaik mungkin. Kerosakan tandas sangat sering berlaku akibat ketidakbertanggungjawaban
murid.
USUL 12 : NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK
Jafry bin Nawawi Muhamad Amar bin Jafry
Baiki plug yang rosak untuk keselamatan
(2B)
murid di sekolah.
JAWAPAN :
Plug adalah salah satu perkara yang menjadi isu sekolah. Pihak sekolah sentiasa membaiki plug yang
sentiasa dirosakkan oleh murid, hinggakan pihak sekolah merasa hairan mengapa plug dijadikan
sasaran walaupun telah dibaiki berulang kali. Ibu bapa penjaga boleh melihat sendiri bagaimana
keadaan plug yang dirosakkan. Jenis kerosakan yang dilakukan ialah plug dipecahkan hingga hancur.
34

