Page 3 - Microsoft Word - KERTAS KERJA AGAMA.docx
P. 3
PENGENALAN
Dakwah islamiyah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap
manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah, banyak
halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari berbagai-bagai
pihak. Jadi yang dimaksudkan dengan rintangan dakwah ialah masalah yang lahir
disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu yang sepatutnya tidak ada. Contohnya
ikon islam sudah dilihat sebagai sesuatu yang salah dan bertentangan dengan
kebebasan manusia. Begitu juga menara masjid telah dilihat sebagai faktor yang
mendorong kepada keganasan.
Menurut pandangan Sheikh Ali Mahfuz dakwah adalah merangsang manusia kepada
Allah swt dan melakukan kebaikan agar mereka selamat hidup didunia dan akhirat.
Sebagai mana yang dinyatakan dalam alquran,asalnya dakwah bermaksud seruan,
iaitu seruan yang mengajak kepada kebaikan amar makruf nahi mungkar dan
beriman kepada Allah.
Cabaran dakwah pada masa kini dari Allah swt telah berfirman dalam kitabnya yang
bermaksud “ serulah ke jalan Tuhanmu( wahai Muhamad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka
dengan cara yang baik,sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui
aakan orang-otrang yang mendapat hidayah-hidayah petunjuk.

